• Adab pakai cincin

    by  • 17/11/2008 • Islam

    Nasihat Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali .Sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad saw, NabiĀ  berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)

    dan jangan memakai pada jari

    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

    Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah swt. Nabi saw memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw, inshaAllah kita dapat pahala.

    Wallahualam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan Sarjana Telekomunikasi, kini bekerja sebagai jurutera di anak syarikat GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com