• Alfred Jabu tak minat buat blog

    by  • 22/01/2009 • Isu semasa, Study • 0 Comments

    KUCHING 21 Jan. – Semakin ramai yang berminat membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

    Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

    Katanya, beliau tidak mahu ‘leka’ dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.

    Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.

    ”Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

    ”Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

    Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak yang mengkritik kerajaan.

    Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang terbaik untuk rakyat.

    p/s:- kite yg bt blog ni xleka pn…ckp je la xreti komputer…haha…wakil rakyat konon…suke pdg sesuatu dgn unsur yg negatif, dia xtau org skrg lebih suka komunikasi dgn blog; mudah dan cepat…xslh kl dia guna medium internet melalui blog dan juga guna pendekatan scra face to face dlm berkhidmat kpd msyrkt…jgn bergntung kpd 1 jika msih ade yg lain…


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan Sarjana Telekomunikasi, kini bekerja sebagai jurutera di anak syarikat GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge