Gaji Eto’o RM1.5j seminggu?

su_031

LONDON – Manchester City telah membuat tawaran gaji tertinggi di dunia kepada penyerang Barcelona, Samuel Eto’o dengan bayaran £250,000 (RM1.5 juta) seminggu.

Jika perpindahan bernilai £25 juta (RM146.3 juta) itu berjaya, Eto’o bakal menerima gaji £13 juta (RM76 juta) setahun.

Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata, Eto’o telah mendapat tawaran luar biasa itu daripada City dan ia mampu menjadikannya sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.

“Dia (Eto’o) mahu kekal di sini, tetapi tawaran lumayan seumpama ini memang sukar untuk ditolak,” kata Laporta.

Eto’o, 28, telah menjaringkan 34 gol musim ini termasuk gol pembukaan sewaktu Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 pada final Liga Juara-Juara.

Bintang antarabangsa Cameroon itu hanya mempunyai baki kontrak di Nou Camp sehingga musim depan.

Namun, bagi Barcelona yang juga juara Eropah, mereka lebih rela menjual pemain itu pada musim ini daripada kehilangannya secara percuma pada musim depan.

Barcelona pastinya tidak dapat menandingi gaji yang ditawarkan City itu kerana ia sekali ganda daripada gaji yang diterima Eto’o ketika ini.

Dalam pada itu, Laporta mengakui bahawa Barcelona masih berhasrat untuk membawa masuk pemain Liverpool, Javier Mascherano.

“Mascherano merupakan rakan baik kepada (Lionel) Messi. Kita akan lihat apa terjadi nanti. Dia seorang pemain yang cukup saya minati,” jelasnya. – Agensi

p/s: Untungnye kl kte dapat mahir dlm satu2 bidang yg pulangannya amat tinggi…macam pemain bola professional, gaji seminggu dia nk kte kumpul mcm bertahun bru dapat kumpul…
moral of the story, find our expertised that really make money!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge