• Kelebihan Wanita yang Berkahwin

    by  • 12/10/2010 • Islam, Perkahwinan • 6 Comments

    Gambar ini hanya sekadar tatapan umum sahaja.


    Ada segolongan wanita yang menolak perkahwinan kerana beranggapan perkahwinan sebagai bebanan dan menyekat kebebasan. Islam menggalakkan perkahwinan. pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek dan menyerupai golongan pendita kristian. golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian dunia dan akhirat.

    Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat. sabda Rasulullah:”sekiranya seorang wanita dapat melakukan 4 perkara iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami, maka masuklah syurga mana mana yang ia kehendaki”. sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. walau sehebat mana pun dia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala galanya bagi seorang wanita sehinggakan reda Allah pun bergantung pada reda suami.

    Selain itu, antara kelebihan wanita berkahwin adalah:

    – diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung
    – apabila menyusukan anak, maka setiap titisan air susu akan diberi satu kebajikan
    – berjaga malam kerana mengurus anak akandiberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba
    – wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka
    – bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampunkan 2000 dosa
    – lebih istimewa lagi bagi wanita yang tinggal dirumah kerana mengurus hal hal berkaitan anak anak akan dapat tinggal bersama sama Rasulullah di syurga kelak.
    – wanita yang rela dijimak suami akan mendapat pahala
    – wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

    credit to Portal Komuniti Muslimah — Hanan.com.my


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    6 Responses to Kelebihan Wanita yang Berkahwin

    1. Damia Anastasya
      13/10/2010 at 8:16 pm

      Subhanallah..banyak kelebihan..
      Tapi pada yang saya tahu..peratusan wanita yang tidak berkahwin terus meningkat dari tahun ke tahun.
      Mentaliti seakan berubah..pihak mana yang harus dipersalahkan..??

    2. 14/10/2010 at 8:10 am

      banyak faktor, wanita lebih mementingkan kerjaya, pendidikan semakin tinggi tambahan pula kadar jenayah (kaum lelaki) jadi yang tinggal lelaki ni tak ramai….yang ada pun dah bekeluarga…tu yang sanggup bermadu….

    3. iza
      15/10/2010 at 11:18 am

      masalhnye skrg ni susah nak cari lelaki yg btul2 leh d buat suami untuk kita taat..

    4. 16/10/2010 at 2:56 pm

      insyallah….ada…mungkin iza belum jumpa lagi.nak carik yg soleh, cari kat masjid ke…usrah ke…

      cari pasangan hidup betul-betul….jangan tangkap muat je…takut menyesal kemudian hari…

    5. liza
      15/05/2012 at 12:07 am

      maaf la lelaki xsemestinya yang baik berada di masjid atau usrah saja..zaman sekarang xboleh menilai dengan semua tu..kadang2 yang nampak luaran baik tapi sebaliknya apapun minta petunjuk dari tuhaan rajin2 membuat solat istikarah untuk memohon petunjuk

    6. 22/05/2012 at 10:50 am

      insyallah, jika lelaki itu dekat pada Allah, dekat pada rumah Allah, peribadinya insyallah baik.

      Natijahnya, lelaki yang baik jodohnya wanita yang baik, andai sebaliknya bersangka baik kepada jodoh yang Allah berikan kerana ia adalah ujian untuk orang-orang yang beriman. Wallahualam.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge