• Kelantan taja 100 pasangan kahwin

    by  • 10/11/2010 • Islam, Perkahwinan • 1 Comment

    KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 1,000100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.

    Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

    ”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

    Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

    Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

    Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.

    Sumber


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    One Response to Kelantan taja 100 pasangan kahwin

    1. izz86
      10/11/2010 at 7:31 pm

      err… ni terbuka utk semua rakyat malaysia ke??? hehehehe… bagus la ade program mcm ni utk elakkn gejala sosial yg makin teruk sekarang ni….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge