• Perkahwinan Menjauhi Zina

    by  • 06/11/2010 • Perkahwinan • 0 Comments

    Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.

    Ijab bermaksud menyerahkan tanggungjawab dari wali bakal pengantin perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Manakala kabul membawa maksud bakal suami menerima tanggungjawab di atas penyerahan bakal isteri tersebut.

    Allah s.w.t telah menjadikan manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut adalah melalui ikatan perkahwinan.

    Firman Allah s.w.t:

    Maksudnya: “Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan…”

    Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W.

    Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa:

    “Perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.”

    Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang bakal lahir.

    Bagi pemuda-pemudi yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, haruslah dia berkahwin bagi menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatannya.

    Hal ini bertepatan dengan riwayat daripada Alkamah r.a, Rasulullah bersabda,

    “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya, perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.”

    Sesungguhnya perkahwinan dapat menjaga seseorang itu daripada zina atau maksiat.

    Wallahualam…

    Dipetik dari artikel www.perkahwinan.com.my


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge