• Apakah azam 2010 anda tercapai?

    by  • 24/12/2010 • MyDairy • 0 Comments

    Hujung-hujung tahun, mesti ramai yang muhasabah diri. Check balik pencapaian azam tahun 2010 dah tercapai ke tak… Aku?.. boleh dikatakan 40% je rasenya……

    Azam Tahun 2010

    1. Dapat kerja TetapAlhamdulillah tercapai

    2. Kawin – Mungkin tahun depan….

    3. Saving berkepok dlm ASB – Alamak…kenape ciput je?

    4. Buat bisnes part-time – Planning dah baik, tapi tempat lak isunye…takpe 2011 lak ye…

    5. Beli Keta – Alhamdulillah tercapai….

    6. … …Lupe dah…banyak jugak …

    Apa-apa pun, azam@matlamat tahun 2011 kena jelas sikit la. Baru senang nak target, al-maklum dah keje department Planning ni…hehe…semua kena plan bagi semua keje jalan…

    “Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan“…

    Walaupun ada 7 hari lagi sebelum tahun 2010 menutup tirainya, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa mencarut sepanjang menulis di blog ini, mahupun di dalam pergaulan di pejabat, di dalam email, di Facebook, di forum CG dan di mana-mana sahaja. Kita hanyalah insan yang lemah, hamba Allah…yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Yang penting untuk kita adalah menyedari kesilapan diri sendiri tanpa menyalahkan orang lain.

    Alhamdulillah, hari ni hari terakhir untuk aku bekerja untuk tahun 2010 setelah diperintahkan oleh company untuk cuti panjang(cut cost katenye)…

    Semoga tahun 2011 memberikan yang lebih baik dari tahun ini…dan mengharapkan semua azam yang tak tercapai tahun ni tercapailah semuanya di tahun 2011.

    Amin….

    p/s: Apa azam tahun 2011 aku yek?…jap, amik buku note

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge