Islam Sederhana ciptaan Najib-Apa kata anda?

Salam.

Ni bukan sebab isu politik, tapi cuma pelik dengan perkataan “islam sederhana” yang diucapkan najib.

Petikan dari Utusan Malaysia

Malaysia tawar Islam sederhana kepada dunia – Najib
24/02/2011 9:46pm

ISTANBUL 24 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia telah membuktikan bahawa sistem tadbir urusnya, berdasarkan Islam sederhana, telah berjaya dan boleh dijadikan model untuk diteladani oleh negara-negara lain di dunia, khususnya negara Islam.

Beliau berkata, dengan mengambil kira apa yang sedang berlaku di dunia sekarang, adalah penting untuk memastikan sistem pentadbiran yang diguna pakai adalah baik.

Pertimbangan utama, katanya ialah “jika anda mempunyai satu sistem, adakah ia berfungsi untuk menghasilkan tadbir urus yang baik dan efektif?”

Najib berkata demikian sebagai anggota panel pada Persidangan Pergerakan Bagi Keadilan, Keamanan dan Maruah di sini pada Rabu.

Sesi itu dirakamkan oleh BBC World News untuk disiarkan oleh saluran pada satu tarikh kemudian. Sesi itu dikendalikan wartawan BBC Zeinab Badawi.

Anggota panel lain termasuk Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan, Presiden Universiti Paramadina Indonesia, Dr Anies Baswedan dan pengasas bersama/Naib Pengerusi Majlis Perniagaan Arab, Khalid Abdulla-Janahi. – Bernama

Sumber

Bicara Jurutera Kerdil:

Aku xtau la kenapa perlu ada Islam Sederhana…Jadi Islam Penuh -> Islam Ekstrem@Jihad Bom tu ker?

Mungkin Najib nak tunjuk peristiwa yg berlaku di Libya&Mesir tak mungkin berlaku di Malaysia kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Islam Sederhana ciptaan Najib-Apa kata anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge