• Kes Kopi Gelatin Babi

    by  • 31/03/2011 • Isu semasa • 0 Comments

    Sori kalau berita ni dah basi..Tapi sekadar nak kongsi kepada rakan-rakan yang turut tertinggal bas cam aku ni…

    Baru-baru ni ada tersiar di surat khabar pihak penguatkuasa jabatan agama islam buat serbuan di kopitiam terkenal menjual kopi yang mengandungi gelatin babi.

    Bila tadi usha2 blog-blog di innit, terlihat ini berita…

    Rupa-rupanya KLUANG RailCoffee…

    Kluang Rail Coffee
    Kluang KTM Station,
    Jalan Station,
    Kluang, Johor.
    Open 7am -12pm, 2:30 – 6pm. Closed Thursdays.

    Yang menariknya kopitiam ini turut disenaraikan di dalam 12 wonders in Johor. So bukan calang-calang punya kopitiam lebih2 lagi ramai VVIP dah makan kat sini, selalu full, nak makan kena tunggu orang lain angkat punggung, dan mostly ramai melayu +cina yang dah sinonim dengan kopitiam…

    Actually kesnya pun dalam siasatan polis sebabnya pemilik dakwa tak tau pun kandungan kopi ada gelatin babi, dan semasa pemeriksaan turut mendapat kandungan alkohol di dalam madu.

    Aku tak pasti pemilik dia faham isu halal haram lebih-lebih lagi pelanggan majoriti muslim.

    Harap sangat dapat dikenakan tindakan undang-undang kerana pemilik kedai tidak sensitif dengan isu halal haram umat islam. Walaupun ada yang aku dengar Kluang Railcoffee ni memang takde sijil halal(dengar cakap mulut) so kemungkinan pemilik kedai tidak dikenakan undang-undang.

    Apa-apa pun untuk kes kopitiam halal & haram ni dah banyak kali kecoh, cuma sekejap je, pastu isu jadi sejuk, orang ramai mula lupa dan terus makan di kopitiam yang rata-rata tidak menpunyai sijil halal dan yang ada pun bukan 100% halal & siap ada yang print logo halal untuk tarik pelanggan islam.

     

    Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu ke atas setiap muslim




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge