• Pelepasan Cukai Individu

    by  • 09/04/2011 • Malaysia • 2 Comments

    Sudahkan anda tunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia?

    Gaji sudah RM2500 kan? Sila bayar income tax yek!

    Pelepasan Cukai Individu & Tips elak cukai
    1. Beli Insurance/takaful pendidikan
    pengurangan cukai individu utk individu bagi yang mencarum atau membeli insurance/takaful pendidikan adalah RM3000.

    2. Fail tax yang berasingan bagi yang dah berkahwin (tak apply utk orang bujang)
    setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 per file.

    3. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

    4. Tukar status benefit dari majikan kepada cash reimbursement
    Contohnya, allowance pengangkutan, allowance parking..ditukar kepada claim basis yg disertakan dengan resit. buatlah arrangement dgn majikan tentang perkara ini.

    5. Derma kepada badan2 kebajikan spt MAKNA, wakaf dsb.

    6. Lanjutkan pelajaran utk dewasa postgraduate.

    7. Beli buku/majalah/journal
    Pelepasan cukai utk item ini ialah RM1000 per individu. tak rugi membeli buku2 bacaan utk menambahkan pengetahuan.

    8. Beli barangan sukan
    Pelepasan cukai utk ini ialah RM300

    9. Beli insurance hayat/takaful keluarga
    Pelepasan cukai utk ini ialah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). ini tidak termasuk dgn takaful education. so, pisahkan antara takaful education dgn life insurance. Selalunya life insurance tidak menyumbang sangat sebab kita telah mempunyai caruman KWSP. bagus utk mereka yang kerja sendiri dan tidak mempunyai caruman KWSP.

    10. Bayarlah bayaran perubatan utk ibu bapa
    Sebarang bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

    11. Buat medical check up (mendapat pelepasan cukai sebanyak Rm500 per individu)/sekiranya menghadapi penyakit yg kritikal memerlukan peralatan sokongan, mendapat pelepasan cukai sebanyak RM5000 (spt terpaksa memakai kerusi roda etc).

    12. Bayar Zakat pendapatan/zakat fitrah
    Bagi majikan yang tidak ada potongan zakat pendapatan tetapi membuat potongan cukai berjadual shj.

    13. Beli komputer setiap 3 tahun. mendapat pelepasan cukai RM3000 (3 tahun sekali sahaja)

    14. Beli hartanah yang bernilai 250k dan ke bawah. pelepasan cukai sebanyak RM2000 bagi property yang bernilai RM250k.

    15. Melabur dlm REIT

    Banyak yang kita boleh claim utk pelepasan cukai….

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Pelepasan Cukai Individu

    1. Yatie
      04/10/2015 at 2:41 pm

      Boleh ke pengecualian cukai diberi kepada penaja sesuatu program..

    2. 01/04/2016 at 7:14 am

      boleh jika under syarikat. boleh semak dengan pihak LHDN untuk maklumat lanjut

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge