• Terkini-Wajah suspek kes simbah asid.

    by  • 14/05/2011 • Khidmat Masyarakat, Malaysia • 2 Comments

    PERHATIAN SEGENAP MASYARAKAT MALAYSIA!

    SILA KENAL PASTI WAJAH DI BAWAH.

    SEGERA MEMBUAT PANGGILAN POLIS

    Rakan Cop di talian 03-21159999.

    Inilah gambar fotofit wajah suspek kes simbah asid yang dikeluarkan oleh PDRM. Kes simbah asid yang berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur ini menimbulkan kebimbangan orang ramai terutamanya wanita. Ini kerana suspek tidak mengira mangsa. Ikut suka hati dia jer nak simbah asid kepada mana-mana penjalan kaki terumatanya wanita.

    Kejadian terbaru berlaku di Jalan Desa Pandan kira-kira 2 petang semalam. Suspek dipercayai menunggang motorsikal jenis Honda EX5 berwarna hitam bernombor plate palsu, dilihat memegang botol berlabel 100 Plus menggunakan tangan kiri.

    Saya amat mengharapkan semua pihak berganding bahu memberkas suspek ini, sudah 23 orang menjadi mangsa. Adakah anda sanggup adik anda, isteri anda, ibu anda menjadi mangsa seterusnya?

    Info suspek

    1. Motor Honda EX5 dengan bernombor pendaftaran WPV 4963(pendaftaran palsu)

    2. Suspek berkulit gelap(Kemungkinan berbangsa India)

    3. Membawa air botol 100plus di tangan kiri.

    4. Suspek berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an, berbadan gempal dan kurus

    4. 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid di Lembah Klang dan 70 peratus daripada kes itu dilakukan berseorangan manakala 30 peratus lagi dilakukan berpasangan.

    5. Suspek kini menyasarkan wanita sebagai mangsa simbahan asid.

     

    Pautan

    utusan

    tv3

    kujie2

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Terkini-Wajah suspek kes simbah asid.

    1. 14/05/2011 at 4:45 pm

      harap segera ditangkap manusia ni..memang menyeramkan…entah apela dendam dia pada wanita2..huhuhu

    2. 14/05/2011 at 7:14 pm

      itu lah. Sama-sama kita sebarkan, kalau dapat si malaun ni, kasi bedal otak mereng dia. Memang wajib buang tengah laut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge