• Misteri Jalan Lama: Movie Review

    by  • 28/11/2011 • Movie Review

    Semalam di atas kepaksaan isteri yang tercinta, maka aku menonton lah cerita ni. Asalnya memang tak berniat langsung tengok wayang. Ingat nak window shopping je kat Jusco Bukit Raja tu. Sekali lalu TGV, mulut ni rasa gatal lak ajak wife tengok wayang(1st time sejak kahwin)

    Bila tengok cerita yang ada, paling awal pun Misteri Jalan Lama, so disebabkan dah tengok preview sikit, macam best la pulak. Layan cerita hantu walaupun aku ni bukan suka sangat pun nak cerita seram-seram ni. Antara pelakon yang terlibat dalam Misteri Jalan Lama adalah Hans Isaac, Que Haidar, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar dan Yalal Chin.

    Wife lak siap cakap, kalau tengok cerita hantu ni terpaksalah tengok hantunya kalau tak rugi la bayar tiket sampai RM14.00 seorang. (Teringat time belajar, RM6 je sebab tunjuk kad pelajar tahun 2005)

    Oklah, Sinopsisnya ada dibawah.

    Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

    Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

    Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?[1]

     

    Cerita agak menarik pada permulaannya, namun unsur-unsur seks masih ada di dalam filem ni. Adegan “mengajak” oleh Jannah(SariYanti) pada permulaan cerita agak ketara. Disusuli dengan adegan di atas katil antara Sania(Marion) & Ilya(Que) yang menunjukkan tangan yang menggengam cadar/selimut…(you know what i mean?) sehinggakan ada budak yang tengok filem ni tanya maknya.

    Mak, diorang buat ape tu?

    Semua orang dalam panggung ketawa terbahak2 disebabkan pertanyaan budak kecil itu. Aiseyman…filem ni rasanya U, macam mana adegan tu boleh lepas jugak? By the way cerita ni dah macam Hikayat Merong Mahawangsa, dengan baju perisai yang siap ada bentuk(.)(.) lagi tu. Aku tak pasti perlu ke tak bentuk tu dalam perisai badan. Paling lawak baju perisai tu ada ruang bentuk dibahagian perut(buncit).

    Overall, filem ini boleh dipuji kerana satu percubaan yang baik dari Afdlin Shauki, tapi aku cuma berikan 4.5/10 Bintang sahaja..

     

    Kita sedekahkan Al- Fatihah kepada Allahyarham Yalil Chin.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com