• Puisi Zahiril buat Shera

    by  • 30/11/2011 • Blogging, Hiburan • 0 Comments

    “Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

    Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

    Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

    Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

    Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

    Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

    Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

    Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

    Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

    Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

    Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

    Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

    Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

    Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

    Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

    Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

    Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

    Selamat menjadi separuh dari aku.”

    Catatankecil: Kejutan Zahiril ini telah membuat Shera menangis wo…Zahiril ni memang berbakat dalam puisi, kalau ada yang perasan, dia ada buat buku nukilan puisinya. Kat MPH pun ada. Tajuk mungkin agak kontroversi “Bogel Menuju Tuhan”[1] dan aku baru tahu yang Zahiril ini pun blogger jugak rupanya  -> http://zahiriladzim.blogspot.com/

     

     

    Sumber: M-star[2]

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge