• Celcom lancar iPhone 4S pada 16 Disember 2011

    by  • 03/12/2011 • Gadjet • 0 Comments

    KUALA LUMPUR 2 Dis. – Para peminat iPhone keluaran Apple Inc. boleh mendapatkan model terbaru telefon pintar itu, iPhone 4S tidak lama lagi apabila ia dilancarkan oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) pada 16 Disember ini.

    Jurucakap syarikat telekomunikasi terkenal itu ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh pelancaran telefon pintar kegemaran ramai itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut sehingga hari pelancarannya.

    Menurut sumber, telefon yang mempunyai tiga versi iaitu dengan storan 16 Gegabait (GB), 32GB dan 64GB itu akan ditawarkan dengan pakej kontrak yang menarik untuk para pelanggan.

    iPhone merupakan telefon yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia telefon pintar kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik.[1]

    Berdasarkan berita di atas, kita mungkin masih menunggu promosi yang akan Celcom [2] perkenalkan dan mungkin akan wujud sekali lagi persaingan sengit antara Maxis dan juga Digi[3]yang masing-masing ada strategi bagi memikat hati pelanggan.

    Apa2pun tawarannya, kemungkinan untuk beli mungkin ditangguhkan kerana banyak sangat dah komitmen dekat gadjet/phone line ni…aiseyman..actually kena tunggu bulan 5 baru plan nak tukar since contract beli Galaxy Tab(dah hilang) tamat bulan tu.

    Kadang-kadang dah takut nak beli gajet mahal-mahal ni sebab kalau hilang, putih mata wo..seminggu teringat benda tu.

    Bukan rezeki kau tu… Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik. Sangka baik dengan setiap ujian Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge