• Berjalan Kaki Tunai Haji

    by  • 08/01/2012 • Islam • 0 Comments

    JEKSON Gomes memulakan perjalanan dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang, Sumatera Barat.

    PADANG – Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.

    Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.

    Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.

    Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.

    Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.

    “Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” kata. – AGENSI

    Sumber

    Alhamdulillah, walau apa pun cara untuk menunaikan haji, samada semudah menaiki kapal terbang yang mungkin memakan masa tidak sampai satu hari, tetapi semangat waja orang indonesia ini wajar memberikan kita satu impak yang positif.

    Berjalan kaki merentasi pelbagai negara hanya dengan berjalan kaki, walaupun 10 bulan waktu yang agak lama, tapi rasanya tak terlintas dalam diri hamba ini(aku) untuk melakukan sesuatu yang sangat ekstrem. Hehe. Tapi siapa yang sanggup mencabar diri sendiri, ikut la. Lagipun 10 bulan punya makan mungkin boleh tampung kot belanja tiket kapal terbang.

    Semoga kita semua dapat menunaikan haji seawal usia sebelum mencecah usia emas, al-maklum lah, kesihatan kita masa depan tidak terjamin apatah lagi kalau ajal menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Insyallah sebagai ikhtiar untuk kita, Prudential BSN Takaful Bhd ada menawarkan produk khas untuk umrah/haji.

    Manfaat kematian/lumpuh/elaun mengerjakan haji dan sebagainya serta andai kita pergi dahulu sebelum menunaikan haji, akan diberikan sejumlah wang untuk disempurnakan upah haji. Untuk makluman ringkas, jenis perlindungan takaful ini adalah bertempoh.

    Makluman lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-3111452 atau email di mfadhlan@gmail.com. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjawab segala persoalan anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge