• Jom lari ke new Earth.Tempah tiket sekarang!

    by  • 13/01/2012 • Islam • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Agak pelik jugak bila ada orang yang create tiket nak naik flight untuk selamatkan diri dari kemusnahan bumi(Armageddon Day) aka Kiamat. Ada golongan yang percaya bahawa ianya akan jadi pada 21 December 2012, ditambah lagi propaganda barat dengan menayangkan filem 2012.

    Yang paling lawak, tiket murah je. Sedangkan tiket bas pun mahal, inikan naik kapal angkasa. Betul2 orang tipu orang ni. WORLD SCAMMER of century…

    Harga tiket

    FIRST CLASS PACKAGE

    ($24.49)-pakej biasa, harga termasuk pod tidur.

    SUPERLUMINAL PACKAGE

    ($44.99)-pakej VIP, ada suite mewah termasuk mini bar, TV

    E-TICKET

    ($4.95)-pakej sama seperti pakej kelas pertama diatas, tapi lebih murah

    (muat-turun dari email berbanding akan hantar tiket melalui pos)

    Hah…dah pilih? Boleh hantar kat booking dulu. Sebenarnya website ini dah lama diceritakan dalam Mac 2011 tahun lepas, aku baru tau pun melalui kawan.

    KIAMAT SUDAH DEKAT…tapi tiada sesiapa pun tahu bila kiamat. Kiamat akan muncul tiba ketika ramai orang sudah leka mengejar dunia dan tiada sesiapapun sempat untuk menyelamatkan diri kecuali dengan bantuan Allah.

    Teringat time kecik2, mak suruh baca quran sebab nanti kiamat, quran tu akan jadi bahtera, dia ambil orang yang baca quran je..hehe.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge