• Blogging-Permasalahan para blogger newbies

    by  • 27/01/2012 • Blogging • 0 Comments

    Rasanya memang ramai mengimpikan untuk menjadi blogger yang hebat menulis seperti Hanis Zalikha yang mana niche dia fesyen, diari seharian serta teknik penulisan yang sangat disenangi untuk dibaca para pelawat blog. Tak semua orang dilahirkan pandai menulis blog/diari untuk dikongsi bersama para pengunjung blog. Semua memerlukan teknik yang boleh kita pelajari dari masa ke masa. Kita kongsikan dahulu permasalahan blogger status newbies.

    1. Tak tau nak tulis apa kat blog. Tu sebab kadang-kala blog kita bersawang, tanpa sebarang coretan. Sebenarnya kita banyak yang ingin diluahkan di blog, tapi bila teringat nak menulis, idea tu kita tak catat intipatinya atau secara mudah isi-isi. Imbas kembali masa buat penulisan Bahasa Melayu(UPSR,PMR,SPM) mesti kena buat rangka karangan. Jadi kena la buat step-by-step macam dulu-dulu. Bila dah ada point, bila nak menulis jadi mudah.

    2. Terlalu memikirkan trafik untuk masuk. Ramai yang ada blog inginkan untuk menjana pendapatan dari blog. Untuk menarik trafik ke blog juga memerlukan pengetahuan serba sedikit teknikal html ni. Dengan teknologi Google, semuanya mudah. Terdapat juga tutorial untuk mendapat trafik yang diinginkan. Tetapi ramai juga yang menulis blog tanpa inginkan penjanaan pendapatan seperti Aididmu’addib yang tiada unsur2 pengiklanan tapi lebih kepada pendedahan semasa mengenai MLM.

    3. Teknik penulisan tidak tetap.  Yang ini memang ramai juga newbies terkena(diri sendiri), teknik penulisan kejap2 skema, kadang2 main lepas, kadang2 short form je…Mungkin pembaca kurang gemar untuk melihat blog yang terlalu carca marba teknik penulisannya. Nak tau teknik penulisan? Banyakkan membaca blog yang terkenal.

    [to be cont.]

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge