• Ayam Cemani-Harga sampai 2juta?

    by  • 01/02/2012 • Malaysia • 0 Comments

    Ya. Memang pelik bila ada juga spesis ayam yang mahal camni. Harga boleh cecah jutaan ringgit.

    Baka ini berasal dari Cemani, sebuah kampung berhampiran dengan kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Ia pertama kali dieksport ke Eropah pada tahun 1998 oleh seorang pembiak Belanda, Jan Steverink. Pada hari ini, ia banyak dibela di Belanda, Jerman, Slovakia dan Czechia.

    Terdapat banyak baka yang diterbitkan dari Ayam Cemani termasuk “Ayam Hitam Sweden”. Ia adalah dipercayai Ayam Cemani mungkin telah dibawa ke Eropah oleh pelaut Syarikat Hindia Timur Belanda yang menjalankan perniagaan di Afrika dan Asia.

    Wikipedia:  Malay English

    Boleh dikatakan ramai pencari ayam cemani atau ayam hitam ni mempunyai khasiat tersendiri, malah ada yang mempercayai kemisterian memiliki ayam ini.

    Ayam Cemani yang ada harga adalah ayam yang tidak mempunyai bayang. Cuba letakkan ayam itu di tengah2 lama waktu tengahari terik, ianya tidak mempunyai bayang, Jika berbayang itu jenis ayam kelas rendah.

    Ayam cemani kelas tertinggi sehingga jutaan ringgit adalah, apabila di simpan dalam reban, walau berkunci dengan ribuan mangga, ia tetap boleh keluar dan duduk di atas pokok.

    Tak masuk reban bukan dia lari tuan…heheh.. adalah cara nak jaganya.. Org yang¬† beli ayam nit tuan terus sembelih.. bukan disimpan. ada rahsianya. Jualan seorang sahabat yang berjaya bernilai RM2 juta, ayam cemani berusia 11 bulan, 100% hitam, darah di balung hitam, tak ada bayang dan tak duduk tanah waktu malam.

    Sumber: Forum keriswarisan.com

    Ayam pun ada kelas tinggi, kelas rendah.Memang misteri bila sekadar membaca di internet melainkan merasai sendiri melihat ayam hitam ini. Harganya pula berbeza-beza mengikut kelas masing-masing, tapi adakah anda perasan yang ayam hitam ni ada dijual di supermarket besar?

    Sebab pernah rasanya terserempak dengan ayam ni di Jusco, cuma kelihatan ayam yang dijual tidak disembelih. 2-3 kali jugak tengok ini ayam atau itik sebab memang jarang sangat jumpa. Bila dikaji semula bersama Pakcik Google, rupanya yang dijual di Jusco itu spesis Ayam Gagak Hitam made in China. Sedangkan yang ayam Cemani ini pun berjuta harganya, tak kan Jusco jual murah2 lak.

    Ayam cemani ni memang ada buyer/seller masing2, tapi melihatkan pasaran semasa, masih tidak berkembang memandangkan ada segelintir individu menjual ayam biasa tapi mengaku ayam hitam. Ada juga yang nakkan deposit RM100ribu untuk jual ayam hitam(sah-sah scammer) lepas tu kalau baki tak dijelaskan duit deposit burn…100ribu tu. Beli apartment low cost, dah dapat sebijik.

    Ayam cemani ni dah macam jual tokek yang dulu harga sampai berjuta-juta, tapi bila dapat tau orang Indonesia makan tokek siap buat satey, time tu dah slow orang cerita pasal tokek ni. Ayam cemani ni juga dikenali sebagai ayam hantu, ayam puaka dan sebagainya malah ada yang cakap sebagai pengantara dunia bunian, sebagai pengeras untuk belajar ilmu kebal, hilang, ada juga untuk menyembuhkan penyakit misteri lah…mistik betul ayam hitam ni.

    Sumber lain:

    http://www.ayamcemani.com/

    https://www.facebook.com/pages/Pusat-Ayam-Cemani-Asli/182454188488695

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge