• Crack Unifi Streamyx Wifi

    by  • 22/02/2012 • Islam • 19 Comments

    Sungguhpun kerja crack ni amat diminati ramai sehinggakan banyak tutorial mengajarkan perkara ini.

    Namun secara natijahnya, amatlah tidak wajar kita meng’crack’ wifi jiran yang mana menggunakan streamyx ataupun unifi.

    Cuba anda bayangkan anda sebagai pemilik streamyx@UniFi tersebut, bayar dalam RM100/RM150 untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Anda pula sebagai jiran, mencuri perkhidmatan itu dan menggunakannya secara PERCUMA.

    Lebih mengharukan anda penyedut bandwidth yang tinggi(kuat main games online, kuat download cerita, tonton streaming video dsb), maka si pemilik streamyx tadi mendapat kepantasan yang minima(jika anda pandai crack, mesti anda dapat crack sekali priority bandwidth sehingga maksimum)

    Jadi, adakah anda rasa tindakan anda itu tepat? Sebagai muslim, adakah anda rasa anda buat sesuatu kebajikan atau kemungkaran?

    Walaubagaimanapun alasan anda, tindakan mencuri/crack wifi jiran anda tetap salah. Andai kata, jiran anda tidak meredhai pencurian anda, bagaimana anda di akhirat kelak?

    Bagi yang sudah tercuri, maklumkanlah kepada jiran anda, minta maaf serta berikan sedikit/beberapa jumlah yang munasabah di atas perbuatan khilaf anda kerana anda tidak sedar yang anda telah melakukan kesalahan.

    Cara yang terbaik sekali, berkongsilah untuk membayar duit streamyx/unifi. Win-win situation. Mungkin kita sudah mampu meringankan bebanan jiran kita dan dalam masa yang sama, kita dapat menggunakan perkhidmatan internet tanpa membelanjakan kos pemasangan yang mahal. Think on the bright side.

    Memberi lebih baik daripada yang menerima. Sedangkan orang yang menerima zakat sekalipun, di dalam hati mereka pasti terniat untuk memberikan zakat pada masa hadapan.

     Yang ini kelajuan Streamyx 1day pasang, ambil pakej 1Mbps. Kira laju jugak ni sebenarnya.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    19 Responses to Crack Unifi Streamyx Wifi

    1. narga
      27/05/2012 at 9:51 pm

      jiran tanam pokok,kita sapu daun masuk dlm laman umah, kita tak mintak izin, tuan empunya pokok tak kacau pun, buah plak masuk laman kita kena mintak izin plak . macam mana plak tu . signal wifi masuk trus umah kita , kita sapu ja mcm daun tu. apacm ok?

    2. 28/05/2012 at 12:03 am

      Wifi memang leh amik bang, yg xleh amik internet.
      Abg baja pokok, tp buah abg dgn daun mmg abg punya, tp daun abg xleh bt ape2 pn,so buah yg leh buat dimakan. Sama je cmtu. Agak2 kalau abg punya akaun bank, tiap2 bulan 5sen kena curik disebabkan konsep penggenapan, mmg xnmpk kn?

    3. gmamps
      17/07/2012 at 3:07 pm

      alaa sumenye same je .. kalau orang dah nk curik wifi curik jelaaa.. bende ni sementara je beb .. kalau nak cite pasal kebaikan ngn keburukan org lain cermin diri .. kalau cite pasal akaun bank .. kene amek 5 sen tiap2 hari .. kalau bende 2 berfaedah aku on je ..so pasal wifi aku nk hack ke ape ke g mampos.. ade aku kisah .. jangan cite pasal kebaikan ngn keburukan

    4. 17/07/2012 at 4:06 pm

      Maaflah, Islam mengajar kita supaya bertanggungjawab. Mencuri tetap mencuri. Jika kita buat benda betul, mintalah izin, kalau dia tak izinkan, haram jika kita guna wifi dia. Sebab itu hak dia, bukan hak anda. Dia yang bayar. Bukan anda bayar.

      Aku bukan nak cakap aku baik, aku jahat. Perkara yang terang-terang depan mata. Memang la WIFI tu kita tak nampak, tapi boleh nampak hasilnya bila kita dapat melayari internet dan sebagainya.

      Sedangkan di dalam Undang-undang Malaysia, andai wifi anda dicuri/hack, sebarang jenayah siber yang dilakukan melalui wifi anda, anda akan didakwa. Penjenayah terlepas. Jika anda yang terkena batang hidung, apa anda akan rasa?

    5. lalalal
      18/07/2012 at 11:13 am

      memang laa itu dinamakan mencuri .. mcm ko xpnah curi wifi .. dalam hidup ko xkan ko xpnah bt jahat.. kalau ko ckp xpnah middle finger laa.. aku nk tanye ko kenape org yang blajar it perlu blajar mcm mane nk hack .kalau bende 2 salah di sisi undang2 … ko pernah dengar ke hacking wifi kene tangkap .. melainkan lah diorng hack atm ke .. bank ke.. kerajaan nye server ke .. ko kene faham ..

    6. 18/07/2012 at 3:22 pm

      aku xpernah curi wifi pun…isunya curik wifi…aku xde ckp pun aku xpernah buat jahat. semua orang pernah buat silap.

      belajar it untuk hack, tapi kena ingat sebab belajar untuk apa…untuk improve sistem keselamatan.

      hacking wifi pun boleh juga kena tangkap kalau dicuri duit dlm sistem online…

      maaf la, kalau anda betul,letak nama betul, email yg betul. orang salah tetap salah. Mencuri tetap mencuri.kenapa tuan terasa bab ini ye?

    7. iLoveNajib
      18/07/2012 at 5:10 pm

      alor tuan tanah..ko kene paham ape itu mencuri. apabila mencuri benda yang dicuri tu akan xde kan? akan habes..kalau gune wifi jiran.adekah jiran dah xleh gune wifi tu ? adekah internet jiran akan terjejas ? lain la kalau gune wifi jiran unutk torront.. adoi..jiran ko curi wifi ko ke ? kedekut nak mampos ..kang aku shutdown blog ko kang nges plak

    8. 19/07/2012 at 12:21 am

      memang tak habis bang, tp ko amik free2 je…cuba ko letak diri ko tuan rumah, ada jiran ko curi wifi ko, bil ko bayar,tp servis ada orang lain guna, cuba kalau orang lain tu guna tahap mengdownload macam giler, ko sebagai pembayar, bila serve internet,slow…ape perasan ko..
      ok la..mungkin ko rasa perumpamaan curi dgn hack tu berbeza. itu berkait dengan hak. ko ambil hak orang lain, itu sudah dikira mencuri hak dia.
      kalau tak faham jugak,aku xtahu la cmne…

    9. kewaklu
      22/08/2012 at 2:52 pm

      puihhh.. jgn berlagak baik sgt lahh.. jgn ckp ko xpnah nk amek wifi org laa..walau seinci pun xkn xpnah ko nk cube hack wifi org.. puiihh..nak aku bg ko cermin x .? bg ko SEDAR sket …ko taw x berape ramai org yang skang pandai hack wifi.. ko slh bt article laa bro..
      ko nk boikot pun xboleh.. ko nk bt ape lagi .. kat dlm malaysia niyh ntah berape juta org yang pandai hack wifi .. ntah brape bnyk software untuk hack wifi yang diorng keluarkan..
      ko bt blog mcm nie aduyaii… lagi 1 bro jgn nk duduk kat dlm bawah tempurung laa ..oo0oo

    10. kewaklu
      22/08/2012 at 2:56 pm

      ko faham x maksud aku niyh.. kalau ko x faham .. ke ko nk aku faham kan ko / bt blog bukan2 hampeh.. pasal hack wifi mmg x la .. mmg ramai laa org attack ko .. blog x bergune cmni..

    11. 22/08/2012 at 5:11 pm

      xpe…aku anggap je aku faham…nak berdebat memang xde guna pun kalau sebelah pihak je nak menang…

      Jika anda rasa anda hack wifi itu betul…silakan…itu pandangan anda.

      Jika tidak setuju, dipersilakan buat cara anda. Anda tetap dgn pendirian anda…terpulang. Tiada siapa nak anda ikut kata saya walaupun ianya benar, jika salah..terpulang. tiada paksaan.

    12. lalla
      25/09/2012 at 4:02 pm

      faham pun kan.. ? jd jgn nak ngada2 laa tunjuk baik sgt..

    13. 25/09/2012 at 5:14 pm

      Yela, kubur masing2 kan? Nanti golek2 masuk kubur sendiri. Haha. Aku rasa takde pun tunjuk baik, tapi memang aku tak pernah curik wifi. Biar Tuhan jadi saksi.

    14. aimarxxx
      14/11/2012 at 7:40 pm

      org2 y komen ni mmg kaki curi wifi la ni…. klu dah dasar pencuri tu, pencuri la jugak, jawab lah cenggitu nti depan tuhan… org menegur dihinakan org tu.. itulah sifat org kafi macam dalam surah Al-Baqarah mafhumnya ” org kafir itu, takde faedah sama ada diberi peringatan atau tidak” “Allah dah tutup hatinya, dan pendengarannya, dan pandangannya, dan bagi mereka AZAB YANG PEDIH”……… jawab le depan tuhan nanti, macam ko jawab sekarang.

    15. 14/11/2012 at 9:53 pm

      semoga kita sentiasa tegur menegur…amal makruf, nafi mungkar…mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran.

    16. metafore
      06/08/2013 at 2:28 pm

      Internet is a system without boundaries. It should be free for all. In fact electricity, water and data communications must be free. You are lucky enough that no body charge you for the air you breath. How about all being charged? You love to pay all? Don’t be a jerk. Before you pay for any service that you use, pay first for your breathing air. Then pay for talking. Still love to pay? Then you are slave of capitalism. Keep on being jerk. You’ll survived.

    17. 14/08/2013 at 5:24 pm

      Sir, there is no such thing nowadays is free. As simple as public toilet, we need to pay as small as 20cent. Electricity use need energy from various sources, that also need cost to generate, need manpower to supervise, so if all is free, how to pay the manpower? Water is free, but to clean it until we can use it for household, it need to process first. So all the process need cost. Same goes to data communication. Who gonna pay all the infra? Who gonna pay for the new technology?
      Please compare Apple to Apple. All the example are not same thing. Internet may looks like a must for some people, but not for some people. We all have option, if you can simply stole others wifi just for your fun, that is not fair to the person who pay for it.
      My advise, go to free wifi rather than stole other person wifi. Think wisely before shout.

    18. Recon_HunterZ
      01/12/2014 at 4:58 pm

      People do wrong things.That what all human mostly do.Even the good from outside but bad inside.But rather than talking about people wrong why dont you think about yourself.And for those that have hacked other wifi,Thats wrong thing to do so dont be too happy with it.Now mostly people that hack have been detected.But the action have not been taken.Think about it before doing!!

    19. 02/12/2014 at 10:32 am

      People do bad thing and people given another chances to change for better. Hoping people understand on my article not to hacking other people. Just ask for permission. May all of us being neighbor on Jannah.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge