• Dividen KWSP 6% untuk tahun 2011

    by  • 19/02/2012 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6 peratus bagi tahun kewangan 2011, yang merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

    Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan berkata, walaupun persekitaran pelaburan mencabar, ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP berserta dengan usaha berterusan pasukan pelaburannya. – BERNAMA

    Ini merupakan petanda yang amat baik bagi pilihanraya yang mungkin diadakan seawal bulan hadapan, namun kemungkinan besar pilihanraya akan diadakan pertengahan tahun nanti.

    Ia juga sebagai penanda aras ekonomi Malaysia kian pulih dari kejatuhan ekonomi di Amerika yang berhutang bertrilion US dimana kita turut menerima tempias ekonomi dari kuasa besar tersebut.

    Penerimaan dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun KWSP pencarum, dimana pencarum akan menerima peningkatan berganda lebih-lebih lagi ia tidak dapat dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti Amanah Saham Bumiputera(ASB) ataupun Tabung Haji yang sudahpun mengumumkan dividen institusi kewangan tersebut sebelum ini.

    Namun ia juga adalah berita baik untuk mereka yang ingin menambah aset seperti rumah kerana boleh dikeluarkan dari Akaun 2 (30% dari jumlah keseluruhan caruman). Moh kita beli aset, bagi duit kita membiak lebih pantas melalui hartanah.

    Bagi yang inginkan perlindungan terhadap KWSP, silalah lindungi duit persaraan ada dengan takaful. Takkan nak guna EPF untuk perubatan sedangkan ada boleh gunakan insuran/takaful anda? Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 013-3111452.

    SUMBER

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge