• Forex Haram: Fatwa Kebangsaan

    by  • 16/02/2012 • Islam • 0 Comments

    Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram: Kata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

    KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) — Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

    Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

    “Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

    “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini Rabu.

    Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

    BERNAMA

     

    Bagi orang yang sudah terlibat dalam urusniaga forex(tidak termasuk pengurup wang), ianya adalah menjadi satu kemuskilan disebabkan menggunakan urusniaga matawang sebagai sumber keuntungan, ditambah lagi dengan spekulasi yang berkemungkinan betul dan juga sebaliknya.

    Sebenarnya forex trading ini sudah lama dijalankan oleh orang Malaysia, namun kepastian mengenai hukum urusniaga ini tidak dibincangkan secara umum, walaubagaimanapun, ia pernah dibincangkan oleh Ust.Zaharuddin yang pakar dalam ekonomi islam.

    Sama-sama kita muhasabah diri.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge