• Jalan-jalan: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

    by  • 12/02/2012 • Malaysia • 0 Comments

    Tanggal 5 Feb lepas barulah tercapai honeymoon pre-honeymoon bersama isteri tercinta. Honeymoon tak kira masa, kadang2 tak plan pun. Actually plan nak ke Cameron Highland atau Frazer Hill, tapi terbatal sebab full-book lak. Di samping pergi kenduri kawan lama di Raub,tapi yang lawaknya siap berhenti jap tepi jalan semata-mata bincang nak pergi mana. Tetiba terfikir pasal Bukit Tinggi, so disebabkan dah petang, kami bercadang untuk tidur kat Raub jela. Hotel Jelai jadi pilihan selepas lepak carik info di KFC Raub.

    Hotel Jelai, bilik standard katil Queen size…RM88, including free wifi, newspaper & breakfast. So after breakfast dalam 10 pagi, kami terus bertolak menuju Bukit Tinggi Resort. Perjalanan dari Raub lebih kurang 1jam memandangkan Bukit Tinggi lebih hampir dengan Kuala Lumpur yang memakan masa 45minit sahaja.

    Setibanya ke Bukit Tinggi resort, harga tiket masuk RM12 untuk dewasa. Harga untuk peak time tak pasti lah pulak. Dengan tiket itu, anda boleh ke Colmar Tropicale, Taman Jepun serta Taman Botani.  Di Colmar Tropicale, memang agak teruja bila melihat binaan ala2 eropah tersergam indah di puncak Bukit Tinggi ini. Oh ya, suhu di sana agak sejuk pada waktu pagi, tapi bila dah tengah hari, panas jugak la…dingin2 dah kurang sedikit.

    Di Colmar Tropicale, anda akan dikelilingi jurufoto yang amatur sehingga taraf pro…tapi paling tak amatur, aku ler..guna SE 800i je…takpe lah, janji Cybershot.

    Kemungkinan tiada yang menarik selain dari bangunan cantik, disertakan juga cafe2 ala2 euro, games fun-fair(itik berenang, menembak, baling gelang dalam botol, macam dah takde lagi tarikan…mahal lak tu…

    Bagi yang kehausan, mungkin boleh beli air tin Soya tu dengan harga RM6.00. Syok tu. Haha. So kalau nak lagi best, beli siap2 sebelum naik Bukit ye.

    Selesai berjalan lebih kurang sejam, destinasi ke Taman Jepun, untuk ke sana boleh menaiki kenderaan sendiri, tapi nak mudah tunggu lori bas shuttle ke sana. Dalam masa 10-15minit sekali ada ambil & turunkan pengunjung. Lepas turun bas, pengunjung perlu mendaki jalan di bawah. Better siap2 pakai sport shoe. Kalau tak, memang menempak sakit la di malam hari.

    Nak bawak kereta? Boleh tapi kalau rasa tak yakin nak naik bukit, darjah mendaki sangat mencabar. Lagipun jimat minyak naik bas shuttle ni.

    Di taman  kampung Jepun, anda diberi pilihan untuk mencuba Japanese Tea dalam RM26 cmtu, kalau nak pakai kimono(wanita)/samurai(lelaki) pun boleh, ada la tambahannya. Di sini, kasut anda memainkan peranan penting kerana banyak mendaki.

    Last sekali on the way nak balik, singgah kejap tengok kuda…Mula-mula nak tunggang kuda. Rupanya mahal, tapi dah lupa harganya. Macam RM25 je satu round. Tiket masuk je pun dah RM2.00 kot so decide tengok jela…Kuda di sini bukan kuda padi, kuda tinggi tu….

    Bagi yang sukakan pemandangan, saya sangat syorkan datang di sini. Nak pre-wed shoot pun boleh. Tapi lagi bagus kalau buat post wed shoot. Boleh pegang-pegang. Kalau pre-wed tak boleh pegang lagi tau..Belum sah..

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge