• Ibu Bapa Amy Winehouse Dapat Harta Peninggalan

    by  • 30/03/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    London – Bekas suami penyanyi Amy Winehouse tidak mendapat sesen pun daripada harta peninggalannya walaupun penyanyi itu dilaporkan masih menyintai bekas suaminya itu walaupun mereka telah bercerai.

    Memandangkan Amy tidak membuat wasiat ke atas harta peningalannya berjumlah £4,257,580 itu, maka ia akan menjadi milik ibu bapanya selepas ditolak cukai dan bayaran lain sebanyak £2,944,554.

    Rakannya memaklumkan, Amy tidak membuat wasiat tersebut kerana dia sendiri tidak mengetahui berapa banyak harta yang dimilikinya.

    Blake Fielder-Civil dan Amy berkahwin pada bulan Mai 2007, namun mereka bercerai pada Julai 2009.

    Keluarga Amy bagaimanapun menuduh Blake bertanggungjawab memperkenalkan dadah kepada Amy.

    Namun tanda tanya terus menyelubunyi kematiannya.

    Selepas menjadi popular, nilai aset Amy dianggarkan £10 juta dan dia juga mempunyai dua syarikat Cherry Westfield serta CW Touring.

    Keadaan ini menimbulkan persoalan di mana wang berkenaan.

    Salah seorang rakannya memaklumkan, Amy mempunyai wang yang banyak sehingga dia boleh membakar wnag itu untuk menghidupkan rokok.

    Amy Winehouse meninggal dunia akibat keracunan alkohol di rumahnya di London pada usia 27 tahun.

    SUMBER

     

    Mesej apa yang aku nak sampaikan ialah tinggalkan lah harta kepada yang masih hidup.

    Sebagai seorang suami, adakah anda ingin isteri yang anda cintai bekerja untuk menanggung hutang anda.

    Sebagai seorang bapa, adakah anda ingin anak-anak anda terbiar tanpa pendidikan yang sempurna.

    Sebagai seorang anak, adakah anda sudah balas jasa ibu bapa anda, setidak-tidaknya meringan beban mereka menanggung adik beradik yang lain.

    Tak kira apa bangsa, agama, keturunan…semua perlukan bantuan andai sumber pendapatan hilang begitu sahaja.

    Tahukah anda kenapa orang kaya bertambah kaya? Sebab mereka mahu keturunan mereka terjamin dan dia tidak mahu keturunan mereka hidup susah seperti mereka sebelum kaya.

    Kenapa orang miskin bertambah miskin? Mereka tidak mampu untuk menyediakan tabung khas untuk keturunan mereka, kerana mereka pun kais pagi, makan petang…

    Tapi secara logik, orang yang sederhana juga mampu menyediakan pelan pengurusan risiko atau bahasa mudah “insuran”. Jangan pula cakap mengenai bisnes keluarga kerana bisnes juga mampu bangkrup.

    Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan insuran/takaful sebelum kita pergi menghadap Ilahi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge