• Lewat bayar caruman takaful/insuran?

    by  • 16/03/2012 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 2 Comments

    Jangan melewatkan pembayaran caruman insuran/takaful kerana

    1. Boleh lapse bila lewat 60hari, untuk revive polisi ada waiting period 30hari. Untuk medikal kad waiting period 120hari baru boleh guna. Ibarat baru submit form baru. Lebih menyusahkan jika anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan pula.

    2. Polisi dah lapse, baru nak bayar premium, memang xcover la. Tu sebab ramai yang anti dengan insuran bila sakit tak cover itu ini, tapi bila lihat pembayaran ada yang tersangkut. Nak salahkan agen jugak?HEHE.

    3. Jika polisi anda ialah investment-link, polisi anda akan sentiasa inforce selagi cash value anda ada(saving acc) kerana ia akan terus deduct untuk tampung polisi anda. Jika kerap lewat, lepas 10 tahun anda akan lihat cash value anda sedikit berbanding yang bayar on-time.

    4. Cash Value yang sedikit ini adalah disebabkan jika pembayaran dilakukan pada tengah bulan, unit price dalam harga tinggi berbanding di awal bulan.

    Sedikit perumpamaan untuk anda,

    >Jika anda sakit kepala, anda baru ambil panadol. Kalau tak sakit, masakan perlu panadol. Tetapi itu panadol, boleh beli bila-bila masa.
    Bagi Insuran/Takaful, kita ambil masa kita sihat sebab bila sakit,insuran tidak lagi mahu menerima anda. Setuju dengan saya?

    >Kereta anda ada insuran, kenapa perlu ada insuran? Selain dari kewajipan dari pihak kerajaan, ia membantu anda andai berlaku kemalangan, insuran akan menanggung segala kerosakan kereta. Berapa nilai kereta anda? RM50,000? RM100,000? Insuran kereta baru dalam RM1600(1.3)Jadi berapa pula nilai nyawa anda? Tiada insuran? Maka kereta lebih bernilai dari anda.  Setuju dengan saya?

    Sekadar peringatan,
    # Tanggungjawab anda sebagai pencarum adalah membayar premium untuk diri anda, untuk kemudahan anda bila ditimpa musibah kelak.
    # Anda perlu sedar bahawa mengambil polisi insuran/takaful ialah komitmen jangka masa panjang. Jika anda rasa membayar insuran/takaful adalah membebankan, pastikan anda selidik semua ape keperluan hidup anda. 10% dari pendapatan adalah cukup memadai untuk caruman insuran/takaful, jangan lebih dari itu kerana ia kelak membebankan diri sendiri.
    # Kerja agen anda bukanlah semata-mata mengingatkan anda mengenai pembayaran setiap bulan tetapi ia adalah tanggungjawab anda. Tugas mengambil duit caruman sudah diberikan kepada pihak bank atau pun majikan jika anda membayar melalui potongan bank/gaji.

    Segala yang saya simpulkan adalah sebagai peringatan kita bersama. Anda sakit, agen anda akan tolong anda. Jika anda tidak bayar, anda sakit, agen pun tak mampu tolong anda.

    Maafkan saya jika ada terkasar bahasa.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Lewat bayar caruman takaful/insuran?

    1. nana
      20/03/2015 at 7:53 am

      mohon share tuan.. amat berguna utk saya ingtkan client saya..

    2. 10/04/2015 at 10:30 pm

      silakan share

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge