• PM BERSAMA PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012, PICC PUTRAJAYA.

    by  • 08/03/2012 • Isu semasa, Malaysia • 0 Comments

    PENGUMUMAN DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BERSAMA PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012, PICC PUTRAJAYA.

    1. Struktur SBPA dibatalkan.

    2. SSM dikekal dan ditambah baik.

    3. Satu Suruhanjaya ditubuhkan yang dianggotai pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif Perkhidmatan Awam. Cadangan Suruhanjaya akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

    4. Pelarasan gaji berdasarkan gaji Matrik SSM dan diberi peratusan kenaikan seperti berikut
    * 13% utk kumpulan PnP dan Kump Pelaksana (gred 1-54)
    * 9% utk gred JUSA A, B, dan C
    * 8% utk gred Turus 3 dan 2
    * 7% utk gred Turus 1 dan gred KSN

    5. Struktur jadual gaji SSM diubah ke Jadual Gaji Min-Maksimum.

    *KGT Gred 1-54 = RM80-320
    *KGT Gred JUSA = Kekal seperti dalam SSM.

    5. Elaun COLA

    Kawasan B dinaikan dr RM200 ke RM250 sebulan .
    Kawasan C dinaikkan dr RM100 kpd RM150 sebulan .

    6. Elaun BIPK, BIW, BIP dan BISP dikekalkan pelaksanaan ikut SSM Guru – laluan kerjaya ikut time based

     

    Bertuah bagi yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan kerajaan, yang mana memilih pencen pun bersyukur sebab gaji naik, pencen pun naik la sikit… Alhamdulillah, dengan wujudnya pembangkang,maka adalah persaingan yang sihat. Sebab bila sesiapa pun yang memegang tampuk pemerintahan, setiap tindak-tanduk perlembagaan serta perlaksanakan akan dikaji oleh pihak pembangkang yang rata-rata mempunyai kepakaran masing.

    Jadi wujudnya pembangkang adalah satu kelebihan untuk rakyat. Rakyat akan mendapat segala manis kalau kerajaan kita tidak diktator. Di tambah dengan musim pilihanraya yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, peluang kita sebagai raja perlu kita gunakan kerana bila pilihanraya, kita adalah raja dan kuasa pemimpin di tangan kita semua. Tetapi selepas pilihanraya, kita hanyalah rakyat biasa yang hanya dapat mengikut segala polisi kerajaan yang dibentuk.

    Pilihan di tangan anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge