• Jangan berikan keluarga anda harapan palsu.

    by  • 09/04/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    Tahniah, anda sudah memiliki sebuah polisi insuran. Jumlahnya mampu memberikan keluarga anda menarik nafas lega kerana walaupun anda sudah tiada, segala perbelanjaan masih ditampung seolah-olah anda masih ada lagi.

    Lepas beberapa bulan, anda mengalami sedikit kerugian di dalam perniagaan, kesempitan kewangan yang agak kritikal. Lalu anda bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan. Jika dilihat, hutang pinjaman bank perlu dibayar setiap bulan jika tidak pihak bank akan menghubungi anda setiap hari untuk meminta anda menjelaskan bayaran bulanan. Samalah juga hutang kereta anda. Jika tak dibayar, malu jika orang datang tarik kereta.

    Lalu anda terlihat caruman insuran anda, Ya..Tak perlu bayar insuran ni, lagipun aku bukannya sakit lagi. Mungkin lepas beberapa bulan, anda akan membayarnya kembali. Lagipun pihak insuran tidak akan call saya. Paling tidak agen akan hubungi saya. Biarlah mereka telefon, saya tidak akan menjawabnya.

    Selang 6 bulan selepas itu, anda ditimpa kemalangan dan lumpuh seluruh badan. Keluarga anda menelefon saya sebagai agen insuran anda. Maaf saya katakan, suami anda tidak membayar premium insuran. Polisi insuran suami anda sudah lama dibatalkan.

    Adakah anda mahu perkara ini terjadi?

    Jika anda hidup di dalam kemalangan tersebut, tetapi anda lumpuh, tidakkah anda sudah memberikan bebanan kepada mereka? Adakah sekarang anda boleh membayar premium anda yang sudah tertunggak sekian lama?

    Jangan beri mereka harapan palsu!

    Sentiasa beringat bahawa caruman bulanan untuk premium insuran mahupun takaful mestilah dijelaskan secepat mungkin bagi mengelak polisi anda lapse. Inilah juga sebab ramai yang mengatakan insuran ini tipu, tidak membayar pampasan, sedangkan mereka tidak menjelaskan premium tertunggak.

    Insuran/Takaful adalah satu komitmen yang anda perlu jelaskan semasa anda sihat, bukan ketika baru hendak masuk hospital.

     

    Jika anda tahu fungsi tayar simpanan di dalam kereta anda tidak diperlukan untuk jangka masa tertentu, adakah anda akan bagitahu jurujual kereta bahawa anda tidak mahu beli tayar simpanan kereta itu juga?

    Insuran ini ibarat tayar simpanan kita, kita beli bersama kereta tetapi hanya digunakan ketika tayar anda pecah ditepi jalan. Jika anda tiada tayar simpanan(insuran), adakah anda dan keluarga anda akan sampai ke destinasi anda?

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge