• Rugikan ambil insuran?

    by  • 08/04/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    Yela… Bayangkan tiap2 bulan bayar RM100, RM200..baik kita simpan kat ASB ke..ada jugak la pulangan 8%setahun.

    Simpanan selama 10tahun, jika RM200, selepas 10 tahun mampu mencapai RM24,000, dianggarkan dividen terkumpul(jika duit tidak diusik) hampir RM13,000 menjadikan simpanan anda RM37,000.

    Simpanan ini juga adalah bertujuaan untuk pengeluaran semasa kecemasan, mahupun mungkin untuk pembelian barang, keluar negeri, menunaikan haji/umrah atau apa sekalipun bergantung kepada kehendak penyimpan.

    Tetapi andai berlaku musibah (Kematian, Kemalangan, Kurang Upaya), adakah anda akan mengeluarkan simpanan ini? Jika tidak cukup bagaimana?

    Statistik kini mengatakan 1 orang dari 6 orang mungkin akan menghadapi penyakit kanser. Kanser yang kerap kali dikaitkan dengan wanita ialah kanser payudara dan juga kanser rahim.

    Saya ambil contoh klien sahabat saya, di mana seorang Dato yang melakukan pembedahan cardio di Hospital Pantai. Bil pembedahan sekitar RM45,000 yang mana dia membayar tunai kerana tidak mengambil mana-mana polisi insuran.

    Isteri kepada Dato itu, disahkan kanser payudara tahap 3 pada umur 46tahun. Walaupun setiap tahun Datin menjalani pemeriksaan mamogram, namun terasa kelainkan sejak kebelakangan. Lalu mengambil keputusan menjalani sendiri pemeriksaan lebih lanjut sehingga ke tahap pengujian darah, ternyata telah didiagnos kanser tahap 3.

    Namun keputusannya mengambil polisi insuran setahun lalu nyata keputusan yang tepat. Ini membolehkan Datin mendapat pampasan Penyakit Kritikal sebanyak RM30,000 serta pembayaran premium insuran bulanannya sudah dikecualikan. Ini bermakna, segala cas pembedahan ditanggung pihak insuran sehingga umur 70tahun, malah pembayaran untuk insuran 2 orang anaknya juga percuma sehingga mereka mencecah umur 25tahun. Untuk pengetahuan umum, polisi perubatan mereka adalah RM1 juta.

    Setujukah anda bahawa pelan insuran ini bagus untuk anda?

    Hubungi saya 0133111452@BB pin 283E751D untuk maklum lanjut.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge