• Surah Al-Baqarah ayat 240

    by  • 10/04/2012 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

     

    Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
    English Verse: ( In the case of ) those of you who are about to die and leave behind them wives , they should bequeath unto their wives a provision for the year without turning them out , but if they go out ( of their own accord ) there is no sin for you in that which they do of themselves within their rights . Allah is Mighty , Wise .

    Sebagai orang biasa, adalah tidak wajar untuk saya mengulas panjang mengenai ayat al-Quran di atas. Namun secara amnya, jika dilihat pengertiannya, kita digalakkan meninggalkan wasiat atau peninggalan harta yang mampu menyara sehingga setahun perbelanjaan bulanan untuk keluarga anda.

    Sebagai contoh, perbelanjaan bulanan anda termasuklah bayaran pinjaman kereta, rumah, barang dapur, keperluan pendidikan anak, nafkah kepada isteri, dan bil-bil utiliti yang lainĀ  ialah RM2,000. Maka sekurang-kurangnya anda perlu mewasiatkan RM24,000 sebagai pengganti sumber pendapatan anda.

    Namun adakah cukup untuk meninggalkan RM24,000 pada masa kini?

    Bagaimana dengan hutang pinjaman pendidikan anda yang sudah lama tertunggak?Hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi..

    Kita perlu sentiasa lihat kembali nilai aset & liabiliti kita sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika anda mempunyai konsultan kewangan tersendiri adalah lebih baik kerana mereka lebih arif bila menyentuh bab kewangan.Insyallah saya akan menuju ke arah kerjaya perancang kewangan islam.

    Adalah lebih baik kita meninggalkan isteri kita dengan sejumlah harta, andai dia setia, insyallah dia tidak akan mahu berkahwin lagi kerana kemungkinan suami barunya berkahwin dengannya atas dasar harta.

    Jika anda tinggalkan isteri anda tanpa sebarang harta, dia tidak mempunyai pilihan selain berkahwin semula kerana tidak mungkin dia boleh hidup tanpa sebarang sumber pendapatan. Jadi dengan meninggalkan sedikit harta, sekurang-kurangnya isteri anda mempunyai pilihan samada berkahwin semula atau tidak kerana tidak terbeban dengan masalah kewangan.

    Jika anda sayang keluarga anda, mahukah anda mencarum 1.2%(RM6000) daripada RM500,000 untuk premium tahunan?

    Atau mahu wasiatkan RM1juta untuk keluarga anda? Caruman tahunan cuma RM12,000 sahaja.

    RM12,000 jika disimpan di dalam bank selepas 83tahun baru mencapai RM1juta. Premium tahunan ini berdasarkan umur 27tahun..

    Sekadar perkongsian, untuk sebarang polisi nyawa yang mempunyai pampasan melebihi RM500,000 bagi yang berumur 18thn-35thn , perlu disertakan Medical Examination(ME).
    Kalau polisi RM1juta, pemeriksaan juga lebih ketat. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di talian 013-3111452

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge