• Parlimen Bubar Hari ini

    by  • 14/05/2012 • Malaysia • 0 Comments

    SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012
    PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

    Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

    Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

    SUMBER

    Terdapat juga sumber mengatakan
    -Parlimen Bubar: 14 Mei 2012
    -Penamaan Calon: 26 Mei 2012
    -Pilihanraya Umum ke-13: 8 Jun 2012

     

    Desas desus mengatakan PM akan mengadap Agong hari ini, sejauh mana kebenarannya tiada siapa yang tahu kecuali PM sendiri dan Allah Taala.

    Memandangkan sokongan rakyat pada kerajaan terkini sedang memuncak, Mantan PM, Tun Mahathir juga menyatakan sekarang masa yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya.

    Apa-apa pun, semoga dipercepatkan lagi pilihanraya sebabnya semakin lama, makin banyak demonstrasi jalanan…bak dari NGO (Bersih) mahupun penyokong kuat BN seperti PERKASA, TIBAI dsb. Semoga Allah menunjukkan jalan kebenaran dan semoga kemenangan di tangan orang yang benar. Amin

    UPDATED!

    Sangkaan kita nyata meleset bila membaca petikan akhbar yg telus (Sinar Harian) mengatakan PM sudahpun ke UK lewat malam tadi. PM dijadualkan akan kembali ke Malaysia 25 Mei ini sekaligus khabar angin parlimen bubar hari ini tidak benar.

    SUMBER

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge