• Jom Solat Dhuha dulu…

    by  • 22/06/2012 • Islam • 0 Comments

    Doa Dhuha

     

    Doa setiap kali solat Dhuha. Solat Dhuha sunat dilakukan di antara pukul
    8 hingga 11 pagi. InsyaAllah memudahkan kita memperoleh rezeki dari
    Allah SWT.

    Bilangan rakaat adalah 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
    Minimum 2 rakaat.

    Niatnya: “Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”.

    Rakaat pertama baca Surah Ash-Shams manakala rakaat kedua bawah
    Surah Adh Dhuha.

    Selepas memberikan salam, baca doa didalam video ini. Selamat beramal.
    Semoga anda dianugerahkan rezeki halal yang melimpah ruah dari Allah SWT.

     

    Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
    keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
    kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
    Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
    jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
    Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
    limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

    Semoga amalan ini kita jadikan kebiasaan sehingga kita rasa kerugian terbesar dalam hidup seharian kita andai terlepas solat dhuha. Andai bekerja sendiri, mungkin tidak menjadi masalah. Jika bekerja dengan orang lain, dapatkan lah dahulu keizinan, solat 5minit je..ibarat take 5, hisap rokok pun lama…belum pergi tandas memerut lagi…Insyallah ada keberkatan dan murah rezeki kita.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge