• iPhone 5: Apple Best ever Gadjet

    by  • 19/07/2012 • Antarabangsa, Gadjet • 0 Comments

    Revealing the ultimate iPhone 5. Super duper cool gadjet ever. Tapi yang mana satu iPhone 5 yang sebenar-benar?

    Seperti yang diwar-warkan seantero dunia, peminat Apple kini sedang menantikan kemunculan iPhone 5, di mana dikhabarkan sudahpun di dalam proses pengilangan di Apple China.

    Mengikut dari blog theweek.com, iPhone 5 akan diberikan penambahbaikan serta fungsi yang terbaru, bagi memastikan dia dapat bersaing dengan Samsung S3 yang kini mengugat serba sedikit pencapaian iPhone 4s.

    1. Metal Body – bahan besi yang kiranya diberikan penambah baikan dari model yang sebelumnya, menjadikan lebih kukuh dan tahan lasak, namun mengenai jenis campuran besi, memungkinkan ia kurang baik dari segi sistem komunikasi. Tapi, seharusnya ia sudahpun dikaji terlebih dahulu keberkesanannya.

    2. Skrin – Lebih luas dari model terdahulu, 3.5 inch adakah ia akan menjadi sebesar Samsung Note? Atau Samsung S3? Namun seperti segelintir pengkritik serta penulis luar negara mengjangkakan, ia mungkin salah satu faktor.

    3. Kaca – Penggunaan kaca akan dikurangkan melalui model iPhone 4, yang mana 2 lapisan (LCD display & touch screen sensor), penambahbaikan kemungkinan besar, ketebalan kaca mungkin dikurangkan bagi memaparkan paparan LCD yang lebih jelas serta mengurangkan penggunaan kuasa.

    4. Peranti penyambung – Kedudukan earphone, size pin yang ada pada iPhone 4 akan dikecilkan saiz perantinya.

    5. 4G LTE & Saiz Bateri – Satu lagi teknologi telekomunikasi selular terkini yang mana kelajuan tinggi, yang mana akan meningkatkan penggunaan kuasa bateri. Dengan itu, selari dengan penggunaan kuasa yang makin tinggi, maka pengubahsuaian kuasa bateri juga akan dipertingkatkan.

    6. iWallet & NFC – Satu lagi pencapaian dengan menggunakan iPhone sebagai kad debit anda, seperti mana touch & go, membayar di pasaraya tanpa menggunakan wang kertas mahupun kad kredit. Cuma perlu letakkan iPhone di peranti untuk pembayaran. Teknologi ini dinamakan NFC (Near Field Communication), lebih mudah dikenali sebagai RFID, konsep yang sama dipakai oleh touch & go.┬áIa sudah pun digunakan pada Samsung S3.

    Apa-apapun, semua ini hanyalah jangkaan awal yang dibuat mereka yang kipassusahmati iphone.

    Jom kita join kelab iPhone…Tunggu jela Telco mana yang dapat pasarkan iPhone 5 dulu.

     

     

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge