Makan Review: Nakhoda Malaya, Stimbot Asam Pedas

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku untuk datang ke Nakhoda Malaya ni.

Turut diberikan ruang di dalam Utusan Malaysia sehingga 2kali. Keluaran 17-Jun-12 & yang terbaru 13-July-12

Wah. Glamor member aku ni masuk suratkhabar… Tapi apa yang pasti, memang sedap asam pedas di Nakhoda Malaya.

Pemandangan dari luar, kelihatan ramai pengunjung. Pasti teruja dengan asam pedas stimbot.

Disebabkan harga untuk set meal sangat berpatutan, maka aku dengan wife order Set 2 orang makan, Nakhoda Seafood, RM29.++ sahaja. Tiada sebarang cas tambahan jika ambil set bersama sup ayam, selain itu tambahan cas RM2.50 sahaja untuk tomyam/asam pedas. Aku cuba rasa 3 rasa yang ditawarkan. Sup Ayam, Tom Yam atau Asam Pedas.  Sup ayam sedap, tapi disebabkan dah biasa sup ayam…nak merasa asam pedas sebab tomyam pedas pulak. Harga set juga termasuk air (lemon tea/orange) tapi jika nak tukar air, kena tambah harga sedikit. Harga sangat berpatutan walaupun terletak di kawasan elite.

Disebabkan terlampau teruja+ lapar, terus makan… bila dah nak habis baru teringat nak snap. Jadi memang tinggal sisa jela. Apa-apapun terima kasih kepada tuan kedai kerana layanan terbaik anda.

Jika anda berminat nak datang, boleh la berkunjung Nakhoda Malaya seperti di bawah. Ada diskaun 10% di Tutti Fruti (sebelah kedai)bila tunjuk resit Nakhoda Malaya.

Sedikit komen dari Watie Elite serta suaminya Joey selepas perasmian Nakhoda Malaya baru-baru ini.

SUMBER

https://www.facebook.com/nakhodamalaya

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Makan Review: Nakhoda Malaya, Stimbot Asam Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge