• Makan Review: Tutti Fruti TTDI Jaya, Shah Alam

    by  • 18/07/2012 • Makan Review • 3 Comments

    Kali ini berkunjung di Tutti Frutti, area TTDI Jaya. Saja ambil cuti sebab wife tengah loya2+mengidam makan-makan. Hehe. Lagipun selalu sangat dengar orang cerita pasal Tuttu Frutti ni. So nak dapatkan kepastian, kenalah rasa, baru boleh komen sedap ke best ke hampeh ke…

    Konsep dia agak mudah, pay what you put. Pelbagai jenis yogurt beku + sweet +choc/cream +fruit pun ada. Ikutkan hari, semua nak letak. Tapi disebabkan kita datang just nak try rasa je dulu, ambil sikit-sikit, nanti tak termakan kan membazir namanya tu.

    Pertama> Ambil yogurt.

    Kedua>Ambil buah-buahan/sweet/gula2/cookies/marshmallow.

    Ketiga> Tambah coklat chips/cream/ape2la.

    Keempat/Final> Sila timbang…Haha.  100g=RM5.30. Gambar dicilok dari blog ini.

    Dan selepas dikira semuanya 240g-RM12.70. Kind of murah la kan, tempat eksklusif pulak tu, lepak-lepak seronok jugak.

    Makan yogurt sejuk/ais ni agak muak juga, ye lah, susu memang sangat muak. Tapi macam susu+buah=tak elok rasanya. Bukan amalan Nabi. Ops. Ikut korang la kan, aku cuma teringat je pasal amalan permakanan sunnah ni. Mungkin sekali-sekala boleh la kot.

    Bagi yang berminat nak makan, silakan lah ke outlet yang berdekatan kerana cawangan dia memang bersepah-sepah…haha. Bahasa kasar sungguh.

    Sumber

    http://www.tuttifruttimalaysia.com.my/

    https://www.facebook.com/TuttiFruttiMalaysia

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    3 Responses to Makan Review: Tutti Fruti TTDI Jaya, Shah Alam

    1. Mr. Gaban
      21/07/2012 at 9:16 am

      hurmmm mahal jugak erkkksss

    2. Mr. Gaban
      21/07/2012 at 9:17 am

      ala korea punya tutti prutti ader x?? heehhe

    3. 23/07/2012 at 10:52 am

      Ala korean xde la…tapi kalau pergi Space U8, TTDI Jaya, Shah Alam, ada kedai ala-ala korean, siap pasang Running Man…haha..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge