• Niche-Penentu hidup mati seorang blogger

    by  • 16/07/2012 • Blogging • 1 Comment

    Agak menakutkan pulak tajuk aku ni. Hope boleh faham kekasaran bahasa aku ni.

    Sepanjang aku melibatkan diri dalam dunia blog, aku banyak sangat concern on theme blog memandangkan aku pakai wordpress.

    Ni 1st post aku Salam Perkenalan, tahun 2008 aku mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet. Mulanya untuk ceritakan isu semasa, bisnes dan diari harian.

    Tapi memandangkan aku lihat bidang blogging ini boleh dijadikan salah satu cabang buat duit masa kini, sebagai contoh Beautifulnara,

    Bermula dengan gosip hangat dunia hiburan terutamanya cerita artis namun sekarang aku rasa Abang Nara dah ada pasif income yang masyuk memandangkan trafik viewer yang masuk beribu2 setiap hari. Tengok je berapa banyak advertisment main page je, dah ada 3-4 company…

    Niche yang Abg Nara guna, hanya artis, dunia hiburan masa kini. Tapi aku, artis memang kurang sikit nak ambil tahu. Cukup sekadar pembaca Beautifulnara.com, itupun jarang nak singgah sana. Sebabnya tak semua orang suka bab gosip/hal rumahtangga artis/selebriti Malaysia.

    Jika dilihat trend blogger, pelbagai niche kepada blog masing-masing. Ada yang memaparkan kisah kehidupan di kolej/universiti, travelog, musik, photography, lifestyle, fesyen… Tapi jangan lupa teknik penulisan anda, sebabnya ada je blog yang hanya memaparkan penulisan semata-mata, tanpa daya penarik yang lain seperti gambar, video dan sebagainya.

    Setelah dibuat kajian di internet, melihatkan pencapaian terbaik blogger, niche perlu datang dari isi hati anda atau bahasa klasiknya “passion” dengan izin, pertama sekali jangan pikirkan keuntungan semata-mata, kerana jika penulisan anda datang dari hati, maka kesungguhan anda pasti akan dibalas dengan kunjungan para blogger lain malah company online advertisment.

    Insyallah, aku akan kemaskini kembali blog ini demi memantapkan lagi industri blogging di Malaysia dan menambahkan lagi pembaca setia. Cuma kekangan masa yang menjadi masalah…Hari yang betul-betul percuma(free) hanya sabtu ahad. Nak spend time dengan family lagi.. Apa-apa pun take it as challenge.

     

    Post seterusnya ialah mengenai Bounce Rate. Nantikan kemunculannya.

     

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    One Response to Niche-Penentu hidup mati seorang blogger

    1. Travel
      16/07/2012 at 10:52 pm

      I subscribed to your rss :-)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge