• Resepi Air untuk Berbuka/Berniaga di Bazar

    by  • 26/07/2012 • Buat Duit • 12 Comments

    Resepi Air Bandung

    Air Bandung

    Bahan-Bahan:
    Sirap/Pewarna Merah
    Gula Pasir
    Daun Pandan
    Air
    Sedikit garam
    Satu tin susu cair
    Sebotol air soda

    Cara penyediaan:
    1. Untuk membuat sirap, campurkan gula pasir, pewarna merah, daun pandan dan air secukupnya. Untuk menghasilkan sirap yang lebih baik, pastikan ianya pekat, merah dan cukup manis.
    2. Bancuh susu cair bersama sirap (mengikut sukatan yang diperlukan). Kacau sehingga sebati.
    3. Campurkan air soda ke dalam bancuhan susu dan sirap. Semasa proses ini, anda perlu mengacau supaya susu tidak pecah.
    4. Tambahkan secubit garam dan kacau lagi.
    5. Sedia untuk dihidangkan. Tambah ais untuk sejuk.

    Resepi Air Jagung

    Air Jagung

    Bahan-bahan:
    1 tin krim jagung
    1/2 tin susu pekat
    Gula secukup rasa(dicairkan)
    Garam secubit
    Ais

    Cara penyediaan:
    1. Campurkan krim jagung dan susu sejat ke dalam jag atau mangkuk.
    2. Masukkan secubit garam dab gula secukup rasa.
    3. Kemudian,campurkan ais.
    4. Masukkan ais krim soda supaya minuman lebih sedap.

    Air Tembikai

    Air Tembikai

    Bahan-Bahan:
    ½ biji buah tembikai (sedang)
    125 gm gula pasir (sirap)
    125 ml air panas mendidih (sirap)
    1 biji limau nipis
    Air tembikai & ketul-ketul ais
    875 ml air sejuk

    Hiasan:
    Daun pudina
    ½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu

    Cara penyediaan:
    1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas. Kacau tutup mangkuk itu.
    2. Sediakan air buah. Cuci & dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.
    3. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag.
    4. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais.
    5. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina dan hidangkan.

    Air Katira
    Air Katira
    Bahan-bahan:
    Air
    Gula pasir ~ Secukup rasa
    15 biji badam~ tanpa kulit
    1 tin susu cair
    Daun pandan
    100 g katirah
    Sedikit pewarna hijau

    Bahan isian tambahan jika suka:

    Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
    1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
    Hirisan buah kurma
    Cincau ~ dipotong
    Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
    Cendol
    Ketulan ais secukupnya

    Cara penyediaan:

    1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
    2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
    3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
    4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya.
    5. Sejukkan didalam peti sejuk.

    Resepi Air Mata Kucing Special

    Air Mata Kucing

    Bahan-bahan:
    Sebungkus longan kering
    Sebungkus Red Dates
    Sedikit buah loh hon guo
    sedikit Laici dan buah kismis
    Sepeket wolfberry
    Sebiji gula batuGula pasir secukup rasa
    Gula Merah Secukupnya* Boleh beli longan dan Red Dates kering kat kedai cina jual herba (sheng shei)
    Sepeket RM5, ada yang RM 18 dan ada yang baik sikit harganya RM 25

    Cara penyediaan:
    1. Basuh bersih buah longan kering + kurma merah+buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis+ wolfberry
    2. Rebuskan longan+kurma merah+ buah loh hon guo+ sedikit Laici dan kismis + wolfberry bersama air.Biarkan buah longan hingga kembang.Letak gula batu sebiji.
    3. Masukkan gula merah secukupnyaLetak gula pasir secukup rasa. (ikut citarasa samaada nak manis atau manis-manis buah jerk)
    4. Rebus sampai kembang. Angkat dan sejukkan. Boleh di minum seisi keluarga.

    Resepi Air Soya

    Air Soya

    Bahan-Bahan:
    1 kg kacang soya
    3 helai daun pandan
    1 sudu teh garam
    9 liter air

    Bahan Air Gula:
    1 kg gula
    1 liter air

    Peralatan:
    Mesin soya/ blender
    Tapis teh tarik mamak/kain net putih
    Bekas tapis plastik
    1 periuk sederhana
    1 bekas tong panas/hot container

    Cara penyediaan:
    1. Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.
    2. Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja. Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.
    3. Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
    4. Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.
    5. Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini dengan sukatan 3 liter air sahaja.
    Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).
    6. Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak. Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.
    7. Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.Tutup periuk. Kacau air soya selang 10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
    8. Masak dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.

    Resepi Jus Jambu Batu
    Air Jambu Batu

    Bahan-bahan: ( 1 jug plastik )
    2 biji jambu batu tanpa bijik ( yg jenis berkedut tuh )
    2 liter air
    1 1/2 – 2 senduk gula pasir
    sedikit pewarna hijau
    Asam boi serbuk/asam boi tanpa biji dihiris – secukupnya
    Air batu secukupnya

    Cara penyediaan:
    1. Jambu batu dibersihkan dan dipotong dadu, ambil jambu yg telah didadu dan masukkan kedalam blender dan ditambah air, gula dan asam boi sesukupnya. Blander hingga hancur.
    2. Kacau sebati dan titikkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan warna jus ini.
    3. Masam dan manis jus ini bergantung pada kehendak masing-masing.
    4. Tambahkan air batu siap untuk diminum.

    Resipi Teh Bunga

    Air Teh Bunga

    Bahan-Bahan (untuk satu jug 800ml) :
    10-20 bunga krisantimum
    gula batu / madu lebah
    air panas
    pewarna kuning (jika mahu)

    Cara penyediaan:
    1. Basuh sekejap sahaja bunga krisantimum
    2. Masukkan bunga krisantimum dalam air panas, biarkan bunga kembang dalam air panas selama 5 minit
    3. Masukkan pemanis (gula batu / madu) mengikut citarasa anda
    4. Masukkan pewarna kuning untuk warna teh yang menarik (jika mahu)
    5. Boleh tambah ais untuk hidangan sejuk
    6. Boleh ganti gula batu atau madu, dengan gula biasa.. cuma bila guna gula batu / madu, rasanya lebih sedap lah!
    7. Di mana nak dapatkan bunga krisantimum tu? senang sahaja.. cuba cari di kedai ubat cina.. selalunya memang ada di situ.. harganya lingkungan rm40-rm80 sekilogram.. Ada dijual dalam bentuk timbang dan paket.. Selamat Mencuba!

    Air Kelapa Muda

    Air Kelapa Muda
    Bahan-bahan:
    1 biji kelapa muda
    125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
    125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:-
    Air kelapa
    375 ml air sejuk daripada peti ais
    isi kelapa yang dikikis

    Cara penyediaan:
    1. Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya.
    2. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag.
    3. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh. Bubuh isinya ke dalam jag.
    4. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya.
    5. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan di atas dulang.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    12 Responses to Resepi Air untuk Berbuka/Berniaga di Bazar

    1. Adilah Mamat
      30/06/2013 at 2:21 pm

      Ada lagi tak resepi air utk berniaga? sy dah try yg air jagung tu..ok sgt..dah keje ngn gov tp just tlg family tambah duit..air yang tak perlukan byk bahan..ringkas tp sedap dan berpatutan utk dijual dgn harga RM1 i bekas biasa tu..

    2. shahir
      29/07/2013 at 4:44 am

      nisbah yg d bagi tu, adakah untk segelas air ?

    3. 04/08/2013 at 5:04 pm

      Tidak, sukatan bergantung kepada kadar bancuhan. Untuk membuat air, perlulah secukup rasa. Jika dinyatakan sukatannya untuk 1 jug, begitulah sukatan jika perlukan 4 jug mahupun segelas air.

    4. din
      10/07/2014 at 7:15 am

      salam..kt mne ye nk bli gelas mcm yg air bandung kt ats tu?hehe tq

    5. 06/08/2014 at 8:42 am

      kedai RM2 pun ada jual…

    6. syasya
      28/11/2014 at 11:42 am

      mcmne nk buat air mata kucing untuk 1 balang besar bulat yg mcm kt psr mlm tu yea? boleh hantar di email sy x? hihihihihiihiihi… untuk kerja kahwin.. xdpt nk agak kuantitinya.. :)

    7. 02/12/2014 at 10:35 am

      maaf, resipi detail memang tiada, boleh la try and error.

    8. solehah mat isa
      13/12/2014 at 10:56 pm

      Salam..bagi resipi minuman sejuk 3 rasa spesial

    9. 14/12/2014 at 9:52 pm

      Ada ke minuman sejuk 3 rasa?

    10. Paula paulina
      30/05/2016 at 7:15 pm

      Perlu ke letak garam..garam tu untuk apa ye..?

    11. Yakub ibrahim
      04/06/2016 at 4:14 pm

      Tq bang

    12. 20/08/2016 at 8:43 am

      nak bagi rasa masin sikit…baru kick

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge