Tidak sangka Kelantan ada emas

KOTA BHARU 11 Julai – Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini terkejut dan tidak menyangka Kelantan yang dianggap negeri termiskin selama ini, sebenarnya mempunyai simpanan khazanah emas yang banyak.

Menurut mereka, kegiatan haram itu seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysia hari ini adalah sesuatu yang mengecewakan.

Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani masalah berkenaan.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, selain bertindak tegas menangani aktiviti perlombongan emas haram itu kerajaan negeri juga harus mendedahkan kepada rakyat kewujudan sebenar emas di negeri ini.

“Saya pun tidak tahu selama ini Kelantan mempunyai emas, pembongkaran mengenai aktiviti perlombongan ini membuatkan saya kini tahu bahawa Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas,” katanya.

SUMBER

Alamak, kan dah kantoi. Jom bawak kuali…Kita mendulang emas… Eh..bukan ke patutnya bawak dulang…tapi tak kan nak cakap mengkuali emas…Tak sedap pulak bunyinya..

Menurut sahabat hambo, memang ada perlombongan emas kat Kelantan ni..Aku pun baru tahu. Berita ini pun tidak diwar-warkan kepada orang ramai rasanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge