• Zakat Pendapatan vs Zakat Fitrah

    by  • 27/07/2012 • Islam • 4 Comments

    Alhamdulillah, diberikan rezeki yang melimpah ruah, dapat kenaikan gaji untuk bulan ini. Rezeki di bulan mulia. Namun, jangan dilupakan untuk menyumbangkan sedikit zakat pendapatan. 2.5% daripada jumlah pendapatan bersih setelah ditolak pelepasan. Ramai terlepas pandang perkara ini, tetapi sebagai manusia, kita tidak lari dari memakan harta yang kemungkinan milik orang lain. Itulah sebabnya kita perlu membersihkan harta serta pendapatan kita.

    Lebih mulia seseorang itu andaipun dia layak dipanggil miskin ‘bandar’ sekalipun, jika lepas ditolak semua perbelanjaan, cuma tinggal RM10 sekalipun, andai dia mendermakan RM10 itu, ia lebih hebat berbanding dengan jutawan yang mendermakan RM 10,000 sekalipun.

     

    ZAKAT PENDAPATAN

    Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.

    Dalil Wajib Zakat Pendapatan

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

    “Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

    (Surah Al-Baqarah : 267)

    Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.


    Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan

    1. Islam
    2. Merdeka
    3. Sempurna Milik
    4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
    5. Cukup Nisab

    Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.

    Nisab 2012 RM13,000 jika dilihat berkadaran kepada 85gram emas (RM157.68/g)=RM 13,402.
    Pengiraan ini adalah berdasarkan dari website Lembaga Zakat Selangor

    Jadi jika pendapatan bersih anda selepas ditolak perbelanjaan dibenarkan kurang dari RM13,000, maka anda tidak cukup syarat wajib mengeluarkan zakat pendapatan. Tetapi jika masih ingin mengeluarkan zakat, boleh lah sekadar kemampuan anda. Insyallah ada keberkatannya kelak.

    6. Cukup Haul

    Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

    Contoh Pengiraan.

    A -Pendapatan Tahunan (Gaji+Bonus+Etc)

    Gaji RM 2,500.00 sebulan X 12 bulan=RM 30,000.00 setahun.

    Bonus RM5,000, Jadi Pendapatan Tahunan RM35,000

    B – Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan (setahun) :-

    Diri : RM 8,000.00
    Isteri : RM 5,000.00
    Anak : RM 1,000.00
    KWSP : 11% daripada pendapatan kasar pekerja
    Sumbangan IbuBapa : RM (jumlah yang diberi) sebulan x 12 bulan
    Caruman ke organisasi yang membayar zakat ( contoh : Lembaga Tabung Haji, Takaful )

    Jumlah yang perlu dikenakan zakat = (A-B) x 2.5%

    Contoh:-
    A-Pendapatan Tahunan RM35,000
    B-Perbelanjaan Yang Boleh ditolak=RM8,000(Diri Sendiri)+RM5000(Isteri)+RM1000(Anak Seorang)+RM3850(KWSP)+RM1200(Sumbangan ibubapa)+RM1200(Tabung Haji)=RM20,250

    Jumlah yang perlu dikenakan zakat = (A-B) x 2.5%
    = (RM35,000-RM20,250) x 2.5%
    = (RM14,750) x 2.5%
    = RM368.75 ; Zakat Pendapatan yang wajib dibayar (Setahun)
    = RM368.75/12bulan
    = RM 30.73 ; Zakat Pendapatan yang wajib dibayar (Bulanan)

    Insyallah, dipersilakan berkongsi info ini ye.

    Sumber:-

    Zakat Kelantan

    Zakat Penang

    Jabatan Penerangan

    Kalkulator Zakat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

    Kalkulator Zakat Majlis Agama Islam Perak (MAIP)

    Wikipedia-Zakat

    Catatan Abu Umair

    Boleh juga lihat post yang terdahulu mengenai Kadar Zakat Fitrah 2012

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    4 Responses to Zakat Pendapatan vs Zakat Fitrah

    1. 27/07/2012 at 12:25 pm

      Explanation mudah. pengiraan pun mudah. kalau buleh ada info perincian hubungkait nisab dan pengiraan emas akan lebih terperinci kot?. pandangan saya saja. semoga pembaca mendapat panduan berguna. Thanks share.

    2. 27/07/2012 at 3:07 pm

      Insyallah, saya akan update post di atas. Terima kasih di atas saranan tuan.

      Nisab 2012 RM13,000 jika dilihat berkadaran kepada 85gram emas (RM157.68/g)=RM 13,402.
      Pengiraan ini adalah berdasarkan dari website Lembaga Zakat Selangor

    3. 27/07/2012 at 11:53 pm

      Alhamdulillah, sungguh beruntung orang-orang yang mengeluarkan zakat :)
      Jom kongsi ilmu di http://www.cikguemas.com/2012/02/kenapa-mesti-pilih-pelaburan-emas.html

    4. 28/07/2012 at 7:55 am

      Betul tu cikgu, sebab bila kita mampu beli emas, maknanya kita sudah keluar dari golongan tidak wajib berzakat. Andai semua zakat kita diterima 8 golong asnaf, maka mereka akan membina kekuatan ekonomi kembali, dan insyallah, mereka akan kukuh ekonomi dan mampu untuk mengeluarkan zakat.

      Zakat merupakan lambang keindahan Islam yang bukan sahaja menitik beratkan kepentingan akhirat, tetapi kepentingan di dunia supaya kita lebih berusaha untuk menjadi penyumbang zakat bukan hanya sebagai penerima zakat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge