• Selesai pinjaman pelajaran $90,000USD dalam 7 bulan

    by  • 08/08/2012 • Pengurusan Kewangan • 4 Comments

     

    Bukan mudah bila bab membayar pinjaman ni, lebih-lebih lagi pinjaman pelajaran. Ramai yang tidak ambil kisah pasal hutang pelajaran sebabnya dia tak link dengan CCRIS, CTOS jika tidak, alamatnya memang tak dapat lah buat pinjaman kereta, rumah.

    Tapi berlainan dengan seorang graduan MBA Harvard School, Joe Mihalic  yang mencabar dirinya sendiri untuk menyelesaikan pinjaman pelajarannya dalam masa 10 bulan, dan yang paling manis mengenai pengembaraannya ialah, pinjamannya dapat diselesaikan 3 bulan lebih awal, iaitu 7 bulan sahaja.

    Saya sendiri membaca blognya nomoreharvarddebt, menggunakan bahasa yang sederhana, mungkin anda perlu tahu apa itu terma financial/akauntancy terlebih dahulu jika kurang faham. Di selitkan pengalamannya untuk menyelesaikan pinjaman secepat mungkin, menjual aset, menambah pendapatan dengan menarik beca (pedi cab) namun terhenti di tengah jalan kerana komitmen serta kesukaran untuk mencari pelanggan. Akhirnya mendapat sedikit kerugian.

    Kemudian dia beralih kepada perkhidmatan landskap taman/halaman rumah. Kiranya dia mencari pelbagai jenis sumber pendapatan, malah turut ditawarkan menjadi model lucah, namun ditolak kerana memikirkan terdedah dengan pelbagai risiko. Dia turut menjual barangan yang tidak lagi diperlukan, mungkin apa yang ada di stor anda boleh dijual kepada orang yang memerlukan.

    Yang pasti, keinginan serta semangat untuk selesaikan pinjaman secepat mungkin perlu ada pada setiap orang. Displin yang tinggi malah perlu pandai mengawal nafsu, keinginan berbelanja. Konsep yang turut dipakai ialah menyemak kembali perbelanjaan, malah dapat dikurangkan sehingga 100% dari jumlah asal. Buat apa membazir untuk perkara yang tidak penting seperti rokok, ASTRO dan sebagainya.

    Jimat-cermat, sehinggakan tidak menyambut perayaan Kristmas. Merancang perjalanan serta menimbang kembali jemputan yang mungkin melibatkan wang yang banyak.

    Dari segi cara hidup sosial, dia sanggup untuk berpisah dengan kekasihnya kerana tidak ingin menjadi penghalang, lebih-lebih lagi untuk berjimat, segala perlukan pengorbanan. Tumpuannya hanya satu, untuk langsai pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan. Namun kehidupan bersama rakan-rakan tetap ada cuma dikurangkan pada tahap yang rendah.

    Tidak bersosial di Facebook selama 90hari. Itu yang turut dilakukan oleh Joe Mihalic. Anda mampu? Aku tidak…tapi akan cuba untuk mengurangkan masa bersama Facebook, masa untuk Facebook hanyalah untuk marketing blog dan juga bisnes.

    Tidak melupakan untuk gaya hidup sihat. Joe Mihalic akan singgah ke gymnasium selepas waktu bekerja bagi meningkatkan tahap kesihatan yang lebih cemerlang. Kalau sakit, macam mana nak tambah pendapatan, silap-silap terpaksa keluarkan duit untuk rawatan/ubat-ubatan.

    Namun, kisah Joe Mihalic boleh dijadikan taulan kita semua yang rasanya 80% masih mempunyai pinjaman pelajaran. Anda boleh mencabar diri anda? Jom kita langsai hutang…

    Jom sama-sama bayar pinjaman pelajaran ye.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    4 Responses to Selesai pinjaman pelajaran $90,000USD dalam 7 bulan

    1. 08/08/2012 at 2:54 pm

      Yes. We should always repay our debt as soon as possible. Instead of accumulating debt to buy things which do not need.
      ef.ae recently posted..019: Funnyman’s Rainbow Ink Stamp StickMy Profile

    2. 08/08/2012 at 3:25 pm

      Interest is the main reason why student loan keep increasing…
      mfadhlan recently posted..Nuffnang New Blog LayoutMy Profile

    3. 11/08/2012 at 9:47 am

      memg tekad…betul….hebat dapat langsai hutang dalam masa yg singkat.
      hafizal recently posted..Kemalangan Di Bulan Puasa…………My Profile

    4. 15/08/2012 at 11:19 am

      tu la…kalau tekad, tak sampai setahun pun boleh setel.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge