• Tayar Spare Pancit

    by  • 31/08/2012 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    27hb Ogos lepas balik kampung, singgah petrol pam, tergerak hati nak pam tayar setelah sekian lama tak pam angin.

    Sekali nak pam, ada pulak paku tercucuk sisi tayar…ah…panik sungguh sebab 1st time. Nak cabut paku ke tak….Pastu terfikir, berapalah kena bayar. Rupanya sampai kat Kedai Tayar, kena tampal RM5 je..

    Tapi kebetulan nak betulkan alignment & balancing kereta yang bertangguh-tangguh, semua sekali RM53.00 termasuk tampal tayar.

    Bagi memastikan perjalanan kita selamat sampai ke destinasi, perlulah periksa kereta sebaik mungkin. Nasib baik tergerak hati nak periksa, kalau tak, mau pancit ditengah jalan, lagi parah kat kawasan yang jauh dari bengkel kereta. Nak tambah lagi haru, tayar gantian pun kempis.

    Saya kaitkan perkara ini dengan perlindungan takaful untuk anda. Anda memang mencarum polisi takaful, tetapi anda lupa anda sudah lama tidak bayar caruman. Malang tidak berbau, anda ditimpa kemalangan dan memilih untuk mendapat rawatan di hospital swasta, bila teringat anda memiliki kad perubatan takaful.

    Bila anda periksa dengan agen, agen beritahu anda polisi anda sudah lapse yang menandakan anda tidak layak mendapat menggunakan kad perubatan anda. Sama juga konsep tayar gantian, kita guna apabila tayar sedia ada tidak dapat digunakan. Tapi tayar gantian anda pancit, jadi apa perlunya anda membawa tayar gantian ke hulu ke hilir, namun bila nak guna, tak boleh guna. Sama juga konsep kad perubatan takaful anda, anda membawa kad perubatan di dalam dompet dan dengan yakin akan dapat menggunakannya pada bila-bila masa tanpa anda sedari, anda tidak mencukupi syarat penggunaannya.

    Namun jika agen beritahu hampir lapse, segerakan pembayaran caruman dan jangan diulangi kesilapan diri sendiri. Tugas agen takaful bukan sahaja meminta/merayu anda membayar caruman sahaja, kerana dia juga perlu memberikan perkhidmatan lain untuk pelanggannya yang mungkin mencecah ribuan orang.

    Cuba anda bayangkan, berulang kali agen meminta anda menjelaskan caruman, anda ambil endah tak endah, memandangkan banyak lagi komitmen anda yang perlu anda jelaskan. Agen anda lantas tidak mempedulikan anda, lebih baik dia memberikan perkhidmatan kepada orang yang memerlukan. Ingat, langit tidak selalu cerah. Anda ditimpa musibah, anda mencari kembali agen anda. Agen anda cuma dapat berikan perkataan simpati kerana dia tidak mampu menolong anda. Polisi anda sudah lapse. Anda tidak boleh guna kad perubatan anda.

    Jadi moral untuk cerita di atas, sentiasa periksa sebarang kemungkinan. Nasib aku sedar, so aku boleh singgah di bengkel kereta yang terdekat sebelum perkara lebih teruk berlaku.

    Berminat untuk memiliki polisi takaful? Hubungi saya 0133111452 untuk keterangan lanjut.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge