• Apa itu MLTT?

    by  • 05/09/2012 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    MLTT – Mortgage Life Term Takaful

    Dengan bahasa mudah, MLTT akan membayar baki pinjaman perumahan anda dengan bank andai berlaku musibah di atas diri anda iaitu kematian atau kehilangan upaya kekal.

    Kebaikan MLTT ialah kadar pampasan adalah sama sehingga tamat tempoh perlindungan. Berbanding MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) yang mana kadar pampasan sama/ kurang dengan baki jumlah pinjaman anda)

    Kekurangan MLTT cuma kadar carumannya agak mahal sedikit dan carumannya tertakluk kepada bulanan, tahunan. Tapi kebaikkannya ialah selepas tempoh perlindungan, anda akan dapat pembayaran keuntungan daripada caruman anda. Duit tak burn begitu sahajaa. Berbanding dengan MRTT, duit anda dikira burn selepas tamat tempoh perlindungan.

    MLTT juga membolehkan anda menukar rumah tanpa mengambil MLTT yang lain. Ia boleh dipindah pada mana-mana hartanah anda, selagi kadar perlindungannya sesuai dengan jumlah pembiayaan rumah anda.

    Di PruBSN, MLTT juga ditawarkan melalui produk PruBSN Protect. Pelan takaful ini ialah pelan bertempoh, bergantung kepada tempoh perlindungan yang diperlukan pelanggan.

    Produk PruBSN yang boleh juga digunakan untuk perlindungan ialah PruBSN LinkSeries, cuma tempoh  perlindungan terhadap kepada umur sehingga 70, 80 dan 100 tahun sahaja dan caruman takaful agak tinggi berbanding PruBSN Protect.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge