• Bagaimana membuat Pelan Pengurangan Hutang

    by  • 18/09/2012 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Setiap orang pasti akan merasai menanggung hutang. Majoriti pelajar masa kini meninggalkan universiti bersama hutang pelajaran dari serendah RM15,000 malah mampu mencecah RM100,000. Selepas ditawarkan kerja, kita terikat untuk berbelanja lebih dengan pemberian “ikhlas” kad kredit daripada bank. Di tambah dengan keinginan untuk mendirikan rumahtangga, tanpa perancangan yang betul, kita memilih untuk meminjam dari bank bagi urusan perkahwinan yang kini sudah mencecah RM 25,000 untuk sebuah majlis perkahwinan. Belum pikir sewa rumah kelamin, dulu masa bujang, boleh lah berkongsi rumah. Tertekan? Mari kita kongsikan beberapa langkah bagi menguruskan pelan pembayaran pinjaman kita.

    1. Untuk memudahkan anda, digalakkan menggunakan spreadsheet (Microsoft Excel, Open Office, Libra Office, etc), senaraikan hutang-hutang anda, berapa jumlah hutang, faedah bank, tempoh pembiayaan.

    2. Pilih dua atau tiga hutang lapuk dan membayar seberapa banyak yang anda boleh atas bayaran minimum kepada bank. Sebagai contoh, hutang kad kredit secara purata ialah 18%setahun (jumlah akan berlainan mengikut bank/kad operator) berbanding kadar faedah pinjaman peribadi anda 4.5% setahun. Anda sepatutnya tahu mana yang tinggi. Jadi selesaikan hutang kad kredit terlebih dulu, jangan bayar minima sahaja.

    3. Seperti contoh di atas, selepas selesai sahaja hutang lapuk, segeralah berniat di dalam hati,

    SAYA TIDAK AKAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT JIKA TIDAK MAMPU LAGI.

    Ok. Selesai. Selepas itu, bahagian pembayaran bulanan kad kredit boleh disalurkan kepada pinjaman yang ke-2 tertinggi, Mungkin sebagai contoh pinjaman motor dengan kedai. Jika anda tidak tahu, kadar faedah semasa ialah 10% setahun. Jika anda mengambil hutang kedai selama 3 tahun, maka jumlah faedah motor anda ialah 30%. Tingginya. Tapi saya ada lakukannya dan saya juga terperangkap dengan jerat percintaan pembayaran jualan kedai motor.

    4. Elakkan makanan restoran makanan segera (ada GST), menggunting kupon dan memohon apa-apa bayaran balik cukai kepada hutang(kena belajar sedikit mengenai pengurusan cukai), boleh membuat impak yang besar kepada jumlah hutang anda tanpa ketara mengubah gaya hidup anda.

    5. Cari wang tunai tambahan sebagai keutamaan dengan cara menjual barangan rumah  anda yang tidak lagi digunakan pada jualan but (Car bot sale) atau online.

    6. Hadkan perbelanjaan anda. Jika anda mampu, potong segala kos hiburan seperti ASTRO, menjimatkan anda RM50-RM70 sebulan ataupun RM600-RM840 setahun. Adakah hidup anda tersiksa tanpa hiburan berbayar sedangkan anda sudahpun ada sambungan internet di rumah. Layan Youtube, Tonton.my dan macam-macam lagi. Alang-alang bayar RM70-RM100 kat TM, gunakan sepenuhnya.

    Jika anda tanya keperluan kad kredit, saya akan katakan ianya satu keperluan. Saya gunakan sepenuhnya untuk pembelian barang, pembayaran bil-bil utiliti, petrol dan sebagainya. Sebab yang kukuh hanyalah untuk mengumpul threatpoint yang membolehkan saya untuk menukar kepada baucer MPH, Starbuck, McDonald, KFC. Walaupun tidaklah terlalu banyak, namun saya pernah juga dapat rebet sehingga RM50 dikreditkan semula ke akaun kad kredit saya.

    Cuma diingatkan, berbelanja menggunakan kad kredit adalah sangat berhantu. Jika anda mampu mengawal nafsu shopping anda. Silakan. Jika tidak, gunakan sahaja kad debit anda, kerana rata-rata bank masakini sudah mengaktifkan sekali kad debit untuk sebarang pembukaan akaun simpanan baru.

    Sumber

    http://www.foxbusiness.com/personal-finance/2012/05/09/how-to-create-debt-reduction-plan/

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge