• Belanjawan 2013 – Pendapat Jurutera Kewangan

    by  • 28/09/2012 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    budget

    Apa yang dilihat intipati Budget 2013 sebagai perunding takaful, kerajaan sudah meningkatkan kesedaran takaful kepada rakyat Malaysia. Takaful berkelompok kepada:-
    1. Petani mengerjakan sawah (RM13,000)
    2. Tentera & Polis (RM15,000)
    3. Penjaja/Peniaga Kecil (RM5,000)
    4. Nelayan (Max RM100,000)
    5. Murid yang menaiki bas sekolah (RM100,000)

    Tambahan itu, dari segi kesihatan
    1. Pemeriksaan percuma RM200 kepada pencarum PERKESO.
    2. Pemeriksaan percuma mamogram
    3. Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
    4. Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara
    5. Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara) Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urine

    Kerajaan kian prihatin mengenai kebajikan & kesihatan rakyat, namun adakah kerajaan mampu untuk menanggung semua? Itulah sebabnya kerajaan mencarum takaful untuk rakyat.

    Takaful konsepnya adalah saling bantu membantu antara ahli. Konsep paling mudah ialah tabung khairat masjid di kawasan anda. Jika berlaku kematian, musibah maka ahli keluarga akan diberikan bantuan hasil dari tabung tersebut. Itulah dia konsep takaful.

    Adakah anda mahukan kerajaan mencarum takaful untuk anda? Pilihan sebenar di tangan anda.

    Kenapa kita pergi ke hospital kerajaan? Kerana percuma, tapi terlalu ramai rakyat yang inginkan perkhidmatan percuma. Hospital kerajaan yang utama sememangnya mempunyai fasiliti yang bagus disamping doktor berpengalaman terutama hospital universiti.

    Adakah anda sanggup menunggu demi perkhidmatan percuma sedangkan masih ramai yang tidak berkemampuan seperti anda yang terpaksa menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan kerana mereka tiada pilihan. Anda masih ada pilihan memandangkan anda mampu memiliki kenderaan besar, rumah yang besar, tanah yang berekar-ekar.

    Anda mampu mengubah semua itu dengan mencarum di takaful. Hanya 5-10% dari gaji anda untuk sumbangan takaful, setidak-tidaknya anda boleh memberikan perkhidmatan percuma hospital kerajaan kepada yang lebih memerlukan.

    Dengan takaful, sumbangan bulan serendah RM100 itu ibarat sedekah kepada tabung tabaru’, yang mana sebarang tuntutan akan digunakan oleh peserta yang lain. Berapa sedekah anda ketika ini? RM10 seminggu dalam tabung masjid? atau RM40 sebulan?

    Hubungi saya untuk rundingan takaful percuma. 013-3111452

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge