• Gaji Minima RM900 bermula 1 Januari 2013

    by  • 20/09/2012 • Isu semasa, Malaysia • 11 Comments

    gaji-minimum

    Bermula pada 1 Januari 2013, semua pekerja di Malaysia akan menikmati gaji minima RM900 dan RM 800 (Bukan semenanjung)

    Bagi pekerja yang masih di dalam tempoh percubaan, kadar gaji minima boleh dilaraskan tidak kurang dari 30% daripada gaji minima.

    Sebagai contoh, Pekerja A masih di dalam tempoh percubaan bergaji RM700. Memasuki 2013, gaji minima RM900-30%=RM630, namun disebabkan gaji dibawah paras gaji minima, gaji yang diterima Pekerja A akan dikekalkan RM700 sahaja.

    Gaji minima ini juga dikatakan dikuatkuasakan sekali untuk pekerja asing tetapi tidak meliputi pekerja domestik.

    Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

    1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya

    • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
    • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)

    2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam

    3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

    • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
    • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
    • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

    4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.

    5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?

    • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
    • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
    • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak

    Sumber:-

    Muat-turun Perintah Gaji Minimum 2012
    BHarian
    Kementerian Sumber Manusia

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    11 Responses to Gaji Minima RM900 bermula 1 Januari 2013

    1. nor atikah bt ahmad
      08/01/2013 at 1:03 pm

      Assalamualaikum/ salam sejahtera,

      3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

      Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas<— adakah majikan kecil seperti sy perlu memohon rayuan untuk lanjutan sehingga 12 bulan?

    2. 31/01/2013 at 6:37 pm

      Waalaikum salam.

      Menurut kefahaman saya sebagai rakyat biasa yang tidak mengamalkan praktis undang-undang, kenyataan tersebut jelas menyatakan untuk perniagaan micro atau bisnes kecil-kecilan layak merayu untuk tidak mengikuti gaji minima.

      Tempoh 12 bulan lanjutan kemungkinan boleh dirayu untuk dilanjutkan, namun ianya tertakluk kepada budi bicara pihak kerajaan secara amnya, kementerian sumber manusia secara khususnya. Mungkin pihak atikah boleh membuat surat rasmi mengenai perkara ini ke pihak kementerian berkaitan.

      Ini sekadar pendapat saya sahaja. Penerangan secara undang-undang boleh didapati di pihak kementerian.

      Terima kasih.

    3. azam
      07/02/2013 at 8:25 pm

      gaji sy xnaik lg,kje kilang,

    4. abdullah
      09/02/2013 at 11:09 am

      saya pkerja tukang kebun (swasta) kat sekolah. kerjaan kata gaji dah naik tapi kenape gaji saya bulan Januari ni masih Rm 540.. Tak naik pun. Sya nak tanya kalau boleh saya complain pasal gaji saya tak naik.

    5. 09/02/2013 at 7:04 pm

      boleh rujuk kepada union kilang tempat bekerja. Kemungkinan kilang membuat permohonan lanjutan sehingga bulan 6.

    6. 09/02/2013 at 7:05 pm

      Kemungkinan syarikat tuan memohon lanjutan sehingga bulan 6. boleh rujuk kepada pihak syarikat tuan ataupun boleh rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

    7. 16/04/2013 at 11:14 pm

      sampai sekarang bulan empat gaji saya masih tak naik,, msih Rm 540 jer.. tpi saya sudah buat aduan kat pejabat tenaga kerja dan kes saya masih di siasat. saya harap gaji bulan ni naik dah :(

    8. 18/04/2013 at 2:58 am

      semoga janji ditepati…

    9. Nur Fazwani
      18/04/2013 at 4:53 pm

      salam nak tanya gaji minimum yang rm900 tu kiranya yang belum ditolak dgn kwsp dan perkeso kan?

    10. izhar
      26/06/2013 at 12:34 pm

      Gji pngwal keselamatan belum dinaikkan

    11. 01/07/2013 at 11:30 am

      1 Januari 2014 baru dikuatkuasa sepenuhnya oleh kerajaan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *