• Jadikan membaca satu hobi anda.

    by  • 23/09/2012 • Book Review • 0 Comments

    Berbekalkan voucher RM100 MPH hasil dari tebus treatpoint Maybank, bolehlah beli 4 buah buku.

    1. Dulu Pencuci, Kini Pengurus ( Penulis: Mohd Rafi Jalaluddin ) – Menceritakan bagaimana seorang pencuci menjadi pengurus. Meninggalkan jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengurus Besar. Penulis berkongsi bagaimana untuk menambah nilai (added value) seorang pekerja. Bukan sekadar YES BOSS!. Boleh tempah dengan MPH Online (ada diskaun 15%) sebabnya…BUKU INI BESTSELLER di MPH…

    2. 40 Soalan yang Anda Patut Tanya kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia (Penulis: Khairul Anuar) – Buku yang menceritakan soalan khusus dalam membeli rumah. Banyak rupanya soalannya, namun buku ini mesti beli bagi yang merancang untuk membeli rumah.

    3. Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas (Penulis: Zamri Mohamad) – Merupakan penulis buku yang berkongsi tips untuk menulis, memasarkan penulisan dan mendapat pulangan dari karya penulisan.

    4. Mengurus Harta Pusaka (Penulis: Wan Abdul Halim Wan Harun) – Menerangkan secara teknikal bagaimana untuk menguruskan pembahagian harta mengikut hukum faraid. Disertakan gambarajah dan penerangan yang sangat berkesan dan mudah difahami.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge