• Perancangan Kewangan – Permulaan yang hebat

    by  • 24/09/2012 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Apa itu Perancangan Kewangan?

    Ia adalah satu proses memenuhi matlamat hidup anda melalui pengurusan kewangan anda yang betul. Matlamat hidup boleh termasuk membeli rumah, membeli kenderaan, membayar pembiayaan bank, menabung untuk pendidikan anak anda mahupun merancang untuk persaraan.

    Siapa yang perlukan Perancangan Kewangan?

    Semua orang perlu merancang kewangan, baik yang miskin, sederhana dan kaya. Miskin kemungkinan juga tidak perlukan merancang kewangan kerana pendapatan tidak mencukupi untuk keperluan semasa, namun melalui perancangan kewangan, mampu mengubah tahap kewangan menjadi lebih baik. Orang kaya tidak terkecuali, ada juga yang berkata, “Orang kaya disebabkan mereka kedekut” namun bagi saya, istilah “kedekut” itu perlu diubah kepada “berjimat”. Berjimat namun berbelanja lebih untuk satu perkara yang lain bukanlah satu perancangan yang betul.

    Bagaimana untuk memulakan pelan perancangan kewangan anda?

    1. Kenal pasti tahap kewangan semasa anda, Aset & Liabiliti ~periksa berapa duit masuk, berapa duit keluar setiap bulan. Ini bagi menentukan

    2. Tetapkan matlamat anda, kategorikan setiap matlamat dalam tempoh jangka pendek(3 bulan-6 bulan/1tahun), jangka sederhana (1tahun – 3 tahun) dan jangka panjang (3 tahun – 10tahun)

    3. Kenal pasti risiko bagi setiap matlamat anda. Adakah anda perlukan perlindungan takaful bagi melindungi perjalanan matlamat anda mencapai objektifnya.

    4. Kenal pasti jenis pelaburan yang ingin anda ceburi, pelaburan berisiko tinggi akan memberikan pulangan yang tinggi dan juga sebaliknya. Pastikan anda memahami (faham betul-betul) apa jua pelaburan samada pelaburan simpanan tetap, unit amanah, ASB/ASN, emas, perak dan sebagainya. Setiap pelaburan adalah berisiko dan pastikan pelaburan itu bukan duit perbelanjaan harian anda. Pelaburan hanya boleh jika anda mempunyai lebihan pendapatan – perbelanjaan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge