• Cara Sujud Yang Betul

    by  • 11/10/2012 • Islam • 0 Comments

    Cara Sujud Yang Betul Semasa Sembahyang

    Salam ustaz,

    ada soalan drpd shbt ana, sepertimana diketahui, anggota sujud masa solat ialah tujuh. 2 drpdnya ialah perut jari kaki.

    so, soalannya, adakah sah solat sekiranya kaki tidak mencecah sejadah, atau memacakkan kaki, atau melipat kaki kebelakang dengan sengaja. adakah sah solatnya, n apakah hukumnya.

    sekian wassalam

    ***************
    kamin
    Panel Feqh

    wa’alaikumussalam

    Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kedar kemampuan yang ada Insya-Allah.

    Anggota sujud ada 7 bahagian sebagaimana salah satu hadithnya Nabi saw :-

    “Aku telah memerintahkan untuk sujud dengan 7 tulang : dahi, dan dia mengisyaratkan kepada hidungnya, dua tangan, dua lutut dan hujung tapak kaki……” [Hadith Riwayat Bukhari #812, Muslim #490].

    Imam al-Nawawi rh didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan :

    “Jika meninggalkan salah satu darinya, maka tidak sah solatnya”

    Berkata Dr Wahbah al-Zuhaily :-

    “Syarat Mazhab Syafie bahawa sujud dengan kedua-dua tapak tangan dan hujung jari kedua-dua kaki, maksudnya mencukupi meletakkan sebahagian dari setiap satu anggota yang tujuh, seperti dahi, kedua-dua tapak tangan dan jari, dan kedua-dua kaki yang bermaksud hujung tapak jari kaki, BUKANLAH belakang atau hujungnya. ” [al-Fiqh al-Islami wa adillatuh,cet ke 3 (1989), 1/662]

    Maka kedudukan kaki yang menjadi syarat sujud adalah hujung tapak jari kedua-dua kaki, dan bukan hanya hujung jari kaki.

    Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka Imam al-Nawawi kata tidak sah solatnya. Akan tetapi, jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima. Wallahualam.

     

    Sujud yang betul, lihat kaki dilipatkan, tapak jari kaki sepenuhnya ke lantai.

    Soalan

    Assalamualaikum. Mohon pengesahan dari tuan bagaimanakah kedudukan
    Jawapan

    Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Untuk melakukan sujud yang betul di dalam solat, seseorang itu mestilah memastikan kesemua anggota sujudnya adalah mencukupi. Anggota sujud ada 7, iaitu:

    1. Dahi.

    2 & 3. Dua tapak tangan.

    4 & 5. Dua lutut.

    6 & 7. Perut jari kedua belah kaki.

    Jika salah satu daripada anggota di atas tidak diletakkan di tempatnya, maka sujud adalah tidak sah/tidak diterima. Ini bermakna solat yang dikerjakan juga adalah tidak sah. Wallahu ‘Alam.

    Sumber: IslamGrid.gov.my

    Sabda Rasulullah SAW:
    “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”

    (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge