• Kalau ada RM1 Juta

    by  • 18/10/2012 • Buat Duit • 0 Comments

    duit 1 juta

    Pasti ada yang akan mencadangkan untuk melabur di hartanah.

    Rumah semi-D sekarang pun sebuah dah cecah RM900k. Reno sikit. Takpun beli 10 buah, 10% deposit…Balance guna guit bank…

    Atau, beli cash pangsapuri di kawasan UiTM Puncak Alam. Kos pangsapuri baru RM60K-80K, kalau nak lagi jimat beli lelong. Sewakan kepada pelajar UiTM dengan minima RM600/bulan. Kalau ada 10 buah? RM6000 sebulan.W0ha(pinjam ayat Hamka, Keretamayat.com)

    Pasti juga ada yang akan belanjakan semuanya, kerana life is to young to invest..

    Saya akan melancong di seluruh dunia dan membeli-belah sehingga kehabisan duit. Untuk simpanan? Biarlah suami saya yang menyimpan. Bukan ke itu tanggungjawab seorang lelaki?

    Kebiasaannya banyak yang ingin digunakan dengan RM1juta ini seperti Norazah yg cun melecun(dah jadi mak orang) ini

    norazah

    1. Bayar Hutang
    2. Bawa mak ayah pergi haji
    3. Buka bisnes sendiri
    4. Melabur dalam hartanah
    5. Pergi melancong

    Cuma cukup ke 1 juta zaman sekarang ni? Sebab tu ada blogger cun sorang ni aka Fadzlina Zaman nak 10juta terus.

    1 juta kasi mama. 1 juta kasi papa.
    2 juta untuk adik beradik.
    2  juta simpan untuk future and bayar duit PTPTN.
    1 juta kasi K9 (kolej kediaman)
    1 juta untuk kawan kawan
    1 juta untuk diri sendiri

    Lagi sorang blogger cun comel aka Zaridth Soufia ni, siap buat list lagi..Ini memang aku respek. Nak lagi bagus, picturize all your dream. Tampal depan dinding mengadap katil. Kiranya bangun pagi akan nampak your dream everyday. Terbaik kan?

    list belanja 1juta

    Setiap orang mempunyai impian masing-masing. Yang berbeza sedalam mana usaha kita untuk mencapai matlamat kita itu. Cristal Clear. Yang pasti RM1juta berbeza nilainya bagi setiap orang. Ada kata banyak, mesti pening nak guna kat mana. Ada kata sikit, 1juta dalam 1 jam dah boleh habis.

    Jadi apa impian anda dengan RM1juta? Sila komen impian anda bagaimana untuk menggunakan RM1juta.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge