• Panduan Solat Jenazah

    by  • 22/10/2012 • Islam • 0 Comments

    Insyallah, di sini kita berkongsi bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Ia merupakan fardu kifayah dan wajar kita mengambil berat mengenai cara penyempurnaanya.

    Persediaan solat jenazah:

    • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
    • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
    • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
    • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

    Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

    Cara solat jenazah:

    1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

    2. Mengangkat takbir pertama, berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

    3. Mengangkat takbir kedua, kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

    4. Mengangkat takbir ketiga, kemudian membaca doa seperti berikut.

    5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir kemudian membaca doa berikut.

    6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

    Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

    ————————-

    Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.

    1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir seperti berikut:

    Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

    Kemudian baca surah Al-Fatihah.

    2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.

    Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

    3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.

    Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)

    Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

    Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

    4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.

     

    Perkongsian daripada Syahirul.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge