• SAM digesa perkenal skim insurans

    by  • 03/10/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    Metro Online -SAM digesa perkenal skim insurans

    MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan kepada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) supaya memperkenal skim perlindungan insurans yang menyeluruh untuk wartawan sukan.

    Ahmad Shabery berkata, selain skim kebajikan untuk wartawan sukan sedia ada, SAM perlu melihat dari aspek lain seperti skim berkaitan dengan kesihatan dan perkara lain untuk membantu wartawan menghadapi tekanan kerja.

    “SAM perlu bincangkan sumbangan lebih besar dan lebih baik untuk menjaga kebajikan pemberita sukan tanah air. Sifat kerja wartawan inI sentiasa dilanda tekanan tidak kira waktu, pagi, petang dan malam.

    “Sudah tentu ia membabitkan kesihatan. Selain itu perkara lain adalah meringankan tekanan dialami wartawan,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga wartawan sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Allahyarham Zulhilmi Supaat di Kampung Nakhoda, Selayang, semalam.

    Allahyarham, 44, meninggal dunia akibat serangan jantung dan meninggalkan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan, berusia antara lima dan sembilan tahun. – Bernama

    Sumber: myMetro

    Lihat, betapa pentingnya perlindungan takaful. Kerana ajal tidak mengira usia, tidak mengira pekerjaan. Bukan untuk diri kita, tapi bagi yang kita tinggalkan.

    Adakah cukup simpanan anda bagi membantu isteri dan anak anda meneruskan kehidupan tanpa anda?

    Buat tindakan sekarang. Jangan bertangguh-tangguh. Hubungi saya untuk perlindungan takaful di talian 013-3111452 (Fadhlan)

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge