• Sedarkah anda pentingnya menjauhi riba?

    by  • 12/10/2012 • Book Review • 1 Comment

    null

    Sedarkah anda bahawa jika kita berterusan dalam dosa riba, seseorang itu boleh dianggap rnenghalalkan riba lalu dihukumkan kafir. Pada ketika itu, dia meninggai duma dengan hati yang ingkar hingga terkeluar daripada senarai mereka yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.

    Berhati-hatilah dan WAJIB bagi semua Muslim untuk menjauhi riba. Kita bimbang, ketidakpedulian itu adalah satu keingkaran terhadap pengharamannya. Seterusnya, ia boleh menyebabkan seseorang dalam kekafiran tanpa sedar hingga melayakkan seseorang itu kekal di neraka.

    Nabi SAW juga tidak mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan (syafaat) ke-pada golongan sebegitu. Moga kita semua dipelihara oleh Allah SWT.

    Inilah yang diulas oleh Imam Fakhruddin al-Razi apabila beliau menghuraikan maksud “orang yang kembali” dalam ayat tersebut sebagai:


    Maksudnya:”Erti ayat ‘sesiapa yang kembali’ (di atas) adalah bermakna mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu menjadi kafir.””
    Akhirnya, pelbagai alasan yang diberikan daripada pembelian, pinjaman atau simpanan yang berkaitan dengan riba seperti rumah, kereta, kad kredit, akaun simpanan, insurans, skim pelaburan dan dengan beranggapan ia adalah murah, mudah dan terjamin. Kalau membuat pinjaman melalui cara tanpa riba pula dianggap sebagai mahal, lambat proses dan perkhidmatan kurang selesa. Sebagai MUKMIN MUSLIM, perasaan begitu TIDAK WAJAR SAMA SEKALI wujud di hati. itu pun, jika ingin selamat di akhirat, kalau tidak tunggulah bila waktunya tiba.
    Ulasan dari buku Riba & Isu Kewangan Semasa karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Dapatkan penjelasan lanjut mengenai riba serta isu kewangan di Malaysia khasnya. Mencari yang halal itu fardu ain.

    Riba dan Isu Kewangan Semasa

    Pembelian online di MPH ONLINE.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    One Response to Sedarkah anda pentingnya menjauhi riba?

    1. 25/01/2013 at 9:13 am

      tidaklah riba bertambah kecuali bertambah pula kesengsaraan, harta banyak tapi tak berkah hanya mendatangkan petaka, hendaklah menempuh sebab-sebab rezeki yang halal”

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge